Tuesday, December 13, 2016

Vacation hotel booking

I just booked Le Village Beach Resort Kuantan in Kuantan! Take a look: http://www.booking.com/Share-6lhOA9

Monday, November 21, 2016

Resepi Kuih Bom Bijan

[21/11 8:08 AM] ‪+60 19-403 2500‬: Cara

Resepi Kuih Bom Bijan
Shared by Noorsuhaini wasap grp K.As

Nk share sini supaya senang rujuk.

Bahan-Bahan:
800 gm tepung pulut
Air
100 gm bijan

Bahan Inti
100 gm gula merah
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan air
Gula pasir secukup rasa

1. Untuk membuat intinya, satukan gula merah dan gula pasir dengan air. Kacau rata.

2. Kemudian didihkan adunan sebelum dimasukkan kelapa parut ke dalamnya. Masak sehingga adunan kering dan ketepikan.

3. Setelah itu, buat pula adunan kuihnya dengan membancuh tepung pulut bersama dengan air. Jangan sampai lembik dan pastikan ianya boleh diuli dan dibulat-bulatkan.

4. Masukkan inti di dalamnya dan golekkan pula bijan sebelum digoreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.

5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

[21/11 10:15 PM] sasai syaidatul:
TIPS:
Menggoreng kuih bom bijan spy cantik masaknya... xde benjol2 n letupan2... hehe
1. Letak kuali atas dapur masak.
2. Masuk minyak
3. TERUS masuk kuih bom... TANPA perlu menunggu minyak panas... (spy x benjol2 n xde letupan)
4. Angkat kuih bom yg dh timbul (maknanya dh masak)

SELAMAT MENCUBA.

From: Sasai ❤
Biras sy CHEF IWAN selalu buat kuih bom utk dijual⬆

Thursday, November 17, 2016

UPSR 2016

Result UPSR 2016 dh keluar hari ni.
Keputusan menurun berbanding thn2 sblmnya.
Tahun ni pertama ada 6 paper krn tambahan BI kertas 1 & 2.
TAHNIAH kpd yg berjaya.

Yang menarik ialah dpd Wasap SMKA SHAMS MUANNAS.... Rosnyta Abd Rahman.

Buat renungan & ingatan Mama & Ayah bagi ALANG yang akan ambil UPSR 2017 tahun depan.

Aku Membesarkan Seorang Khalifah (AMSK)Hari ini Keputusan UPSR :
💖SAYANG TANPA BERSYARAT
oleh : UBF, Islamic Psychologist/ Motivator

Assalamualaikum wbt👍
Buat ayah ibu tahun 6, 2016, Insya Allah hari ini ayah ibu akan menanti📋keputusan UPSR anak. Anak2 pula penuh dgn debaran, risau dgn keputusan. Dan yg lebih mereka risau dan takut adalah respon ayah ibu.

Buat ayah ibu...👪
Keputusan UPSR esok bukan semata2 kegerunan buat anak2 malahan ujian besar buat kita. Allah uji kita bagaimana kita mahu respon setelah mengetahui keputusan UPSR anak.
✔peluk sambil nangis
✔cium
✔tepuk bahu anak
✔marah
✔kecewa
✔sedih
✔cubit, tarik telinga

Macam2 andaian yg bakal berlaku. Ayah ibu pun mcm dah set je nak respon macam mana kan..😅 Sabar... Baca ni dulu.

❔Soalnya, adakah respon kita bergantung dgn keputusan UPSR anak?

❌Kalau begitu, ertinya sayang kita bersyarat kan... Sayang ketika berjaya, benci atau marah bila gagal. Dan 1 kesilapan yg besar kalau sayang bila berjaya marah bila gagal. Kerana keputusan berjaya ataupun gagal bukan urusan anak2 kita, apatah lagi kita. Itu urusan Allah yg memang kita tak boleh nak campurtangan. Bagaimana ayah ibu boleh menentang ketetapan Allah?

🙋Ye tau, yang ayah ibu marah bukan sbb gagal, tapi sbb anak tak belajar dan tak sungguh2 belajar. UBF cadangkan 1 cara terbaik utk respon kpd anak2 yg masih belum berjaya terutamanya yg main2 belajar.
🆗1. Peluk cium
🆗2. Nangis (kalau boleh😊)
🆗3. Dan cakap baik2 begini dgn anak,
        
          "Rasa apa bang? Sedih? Nampak kan bila main2 belajar, abg x dpt A. Abg gagal. Tp gagal pun ayah tetap sayang abg. Mmg ayah sedih abg x berjaya UPSR tp ayah lg sedih kalau abg x solat, tak dgr ckp ayah ibu. Klu abg x dpt nk gembirakan ayah n ibu dgn 6A pun takpe... abg gembirakan kami dgn solat dan dgr ckp ayah ibu ok."

🔮Yelah... nak marah pun result dh dapat kan...bukan boleh ubah pun. Dah tu, baiklah ckp baik2. Sbb dgn marah meretakkan hubungan. Walaupun dah tau keputusan tak boleh diubah, tapi sekurang-kurangnya dgn bercakap baik2 kita membina hubungan yg bahagia. Anak pun selesa, ayah ibu pun bahagia.

Hidup Mati Biarlah Bererti
Ust Bakhtiar Fitri Hj Abdul Hamid (UBF) 0196501002, Perunding Utama NADI ILMU Training Management.

ps: Gmbar hiasan Kakcik sedang menulis.

Tuesday, November 15, 2016

Resepi Jus Buah-Buahan Sihat

KONGSI ILMU DUNIA

Nani Yg Arif share dlm wasap group Noxxa UiTM.  Tak pasti sumber asal dati mana. Saja letak di sini supaya mudah nk rujuk.  Mohon halalkan ye yang empunya idea.  Almaklumla baru beli On The Go Amway... blh blend jus & terus masuk dlm bekas mcm tumbler tu.... hehehe

Saja nak share kepada kawan-kawan resepi kombinasi Jus Buahan dekat Ground Floor IJN. Semoga  bermanfaat..

*Carrot + Ginger + Apple*
Boost dan membersihkan sistem dalaman badan..

*Apple + Timun + Saderi*
Mencegah kanser, mengurangkan kolesterol, dan menghapuskan sakit perut dan sakit kepala.

*Tomato + Carrot + Apple*
Meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau.

*Peria + Apple + Milk*
Elakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalaman badan.

*Orange + Halia + Timun*
Meningkatkan tekstur kulit dan kelembapan dan mengurangkan panas badan.

*Nanas + Epal + Tembikai*
Untuk menghilangkan garam berlebihan, membersihkan pundi kencing dan buah pinggang.

*Apple + Timun + Kiwi*
Untuk mencerahkan warna kulit .

*Pear & Banana*
mengawal kandungan gula.

*Carrot + Apple + Pear + Mango*
meredakan panas badan, nyah toksik, menurun tekanan darah dan melawan pengoksidaan…awet muda !

*Honeydew + Grape + Tembikai + Susu*
Kaya dengan vitamin C + Vitamin B2, meningkatkan aktiviti sel dan kuatkan imuniti badan

*Betik + Nanas + Susu*
Kaya dengan vitamin C , E, Besi, Mencerahkan warna kulit dan metabolisme.

*Pisang + Nanas + Susu*
Kaya dengan vitamin yang berkhasiat dan mengelakkan sembelit

Selamat mencuba!

Tuesday, October 4, 2016

Nasi Dagang PC Noxxa

RESEPI share dpd FB Aleeya Putri.
T.kasih ye...
Saya share di sini supaya senang nk cari.

Assalamualaikum..

Resepi Nasi Dagang Mak Kembang

Bahan2 Nasi
1) 7 cup beras Pusa Gold ( sy guna cawan polistrin)
2) 1 cup beras pulut
3) Air 8 cup ( cawan polistrin)
4) 1 kilo santan @ 1 ¹/2 kilo ( dicpur bersama garam n gula secukup rasa. Lemak masin2
5) 10 -15 ulas bawang merah ( dimayang halus)
6) halia n halba secukupnya ( halia dimayang)

Cara2
1) Basuh beras pusa gold n beras pulut kemudian toskan
2) masukkan beras bersama-sama air ke dalam periuk noxxa
3) Tekan H.P selama 7 minit
4) Dah bunyi n keluarkan wap dia. Sy bukak penutup nya dan kemudian masukkan bawang, halia yg dihiris halus serta halba. Tutup penutup dalam 3 minit.
5) angkat nasi yang telah dimasak dlm bekas yg lebih besar untuk di arung/ digaul bersama santan.
6) Gaul sampai sebati.

Ok dah siap nasi dagangnya.

Resepi Kuah Nasi Dagang

1) Ikan Aya/ tongkol yg di rebus( 0rg ganu kata kukus) kukus 2 @3 hari lg sedap. Kukus sekali bersama lengkuas asam keping bawang putih daun pandan n garam
2) cili boh n rempah gulai ( sy guna cili boh n rempah dayang suri dr ganu.
3) santan
4) 3 biji cengkih, 1 biji bunga lawang , sedilkit kulit kayu manis n  2 biji buah pelaga
5) bawang besar , merah n halia ( ikut citarasa)
6) cili api

Cara memasak
1) tumis bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang n kulit kayu manis bersama seulas bawang merah n putih yg dimayang sy masukkan juga sehelai daun pandan dlm tumisan tersebut

2) bila dah naik bau sy masukkan cili boh tunggu  sampai masak

3)  Dlm periuk yang lain sy masukkan bwang besar, bawang merah, bawang putih dan halia yang diblender. Masukkan bahan2 no 1&2 kedalam periuk yang sama. Kacau sampai sebati kemudian sy masukkan rempah gulai nasi dagang. Bila dah mendidih sy masukkan santan dan tunggu lg sehingga mendidih kemudian masukkan pula ikan tongkol tadi.  Sy masukkan sekali bahan2 dlm rebusan air td agar rasa kuah lebih sedap

4) garam , perasa n gula secukupnya

5) bila kuah dah mendidih lama baru sy masukkan cili api kemudian tutup api.

Sunday, October 2, 2016

Peringatan untuk Diri


Suka baca wasap yg Hafidi forward dalam group kami DBS A 92-95.
Post di blog ni sbg peringatan untuk diri sendiri di kemudian hari.

💠بسم الله الرحمن الرحيم💠
Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar

💠💠💠💠💠💠
Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya

💠💠💠💠💠💠
Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya

💠💠💠💠💠💠
Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya.

💠💠💠💠💠💠
Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku.

💠💠💠💠💠💠
Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya.

💠💠💠💠💠💠
Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghinanya.

💠💠💠💠💠💠
Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT.

💠💠💠💠💠
Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu.

💠💠💠💠💠💠
Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku!

💠💠💠💠💠💠
Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah

ﷺ💠💠💠💠💠
Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah
Muhammad s.a.w
اللهم صل على محمد وآل محمد

💠💠q💠n💠s💠💠

# sungguh indah nukilan ini...
    Sebak bila membacanya...😢

Saturday, September 17, 2016

Makeup Majlis Khatam Quran Iqa

16 Sep 2016 jadi bidan terjun lagi, makeup Iqa untuk Majlis Khatam Quran Pengantin Baru nya.

Alhamdulillah... sederhana n natural je makeup malam ni.

Terima kasih Supra color krayolan yang dibeli secara online daripada Sellernya di Mantin, Nilai, N.Sembilan.
Membuatkan kulit lebih rata, licin, berseri2 & bercahaya.

Friday, September 9, 2016

Bilik Mainan Kakcik Hafiy

Kakcik & Abg Hafiy ni... kalau mood baik.. mmg kamcing mcm lagu Upin Ipin..
"sahabat, untuk selama2nya..."

Kali ni kakcik & Abg main dalam bilik belakang... siap tampal notis: cute aje..

"Kalau nak masuk ketuk pintu dulu..." hehehe
Bilik tu guna utk Solat n bilik menjahit mama...

Wednesday, September 7, 2016

Topik perlu tahu UPSR 2016

Hari ni Mama dpt wasap dpd Group family.
Mama post sini utk tujuan Alang tahu topik spt dlm senarai utk garis panduan pemahaman UPSR 2017 tahun depan. Walau berlainan sekolah tp sekurang2nya blh mbantu pemahaman dlm pmbelajaran Alang, bukannya utk spot soalan ye....

Haslinda Grup Whatsapp:
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera....
===================================
Perlukan tips peperiksaan untuk esok hari
===================================
Ramalan dari guru sains cemerlang untuk kertas 2 sains upsr

Tahun 3-
Gigi/Magnet/Penyerapan/Tanah

Tahun 4 -Fotosintesis/ Pewarisan/Pengukuran/Sistem Suria

Tahun 5 - Pembiasan/ Litar penggunaan/ Tenaga Lestari/ Pembentukan Bayang2

Tahun 6 - Interaksi / Pengurusan Bahan Buangan/ Mesin

* Baca semua topik tapi tekankan topik-topik yang diberi diatas

*Baca bahan buku teks termasuk kotak-kotak kecil dlm topik

*Istilah sangat penting. Dalam buku teks banyak istilah-istilah yang menepati skema jawapan.

Saya hanya share sahaja.Hope semua cemerlang dalam upsr 2016
================================================

Sesiapa yang ada anak amik upsr..

Tips terakhir menjelang UPSR 2016.

Pastikan anak-anak murid cikgu tahu:

1.Melukis graf palang

2. Membina jadual

3. Membaca Neraca Tiga Palang ( buku teks th 4)

4. Beza aras menikus air n aras menikus merkuri

5.membaca jam randik

6. Membaca pembaris

7. Kenal peralatan dan radas sains yg asas dan fungsinya

-silinder penyukat
- kelalang kon
- bikar 250 ml
- bekas bersenggat 250 ml
- neraca mampatan
- neraca tuas
- termometer klinik
- termometer makmal
- neraca tiga palang

8. Menguasai tajuk2 baru dlm KSSR

9. Menguasai Istilah-istilah sains
    Contoh :
     Simbiosis
     Komensalisme
     Mutualisme
     Parasitisme
     Fotosintesis
     Terbiodegradasi
     Tidak Terbiodegradasi
      Sumber boleh dibaharui
      Sumber Tidak boleh di baharui
      Fotosintesis
      Kadar Pernafasan
     
10. Menguasai 3 rumus yg ada dlm sains
     i. Luas = Panjang x lebar
    ii. Isipadu = Panjang x lebar x tinggi
   iii. Kelajuan = Jarak /masa.

11.Melakar dan melukis fenomena
   i. Fasa-fasa bulan
   ii. Gerhana bulan
  iii. Gerhana matahari
  iv. Buruj

12. Unit piawai bagi luas,panjang, isipadu, masa dan laju.

13. Fungsi Kalium hidroksida

👆Perkongsian dari rakan penanda upsr 2016
==============================================

Soalan topik bumi dan sains angkasa.- sumber DIDIK BH dan lain-lain

1. Mengapa bulan bercahaya pada waktu malam?
=bulan pantulkan cahaya dr matahari ke bumi.

2. Mengapa cahaya bulan tidak kelihatan pada waktu tengah hari?
=cahaya matahari yg terlampau terang.

3. Mengapa  fasa-fasa bulan berlaku?
=bulan beredar mengelilingi bumi.

4. Mengapa  tempoh masa gerhana penuh bulan lebih lama berbanding gerhana penuh matahari?
=kerana bayang2 bumi lebih besar dari bulan.

5. Mengapa  gerhana bulan berlaku?
= kerana bumi berada antara bulan dan matahari dalam satu garis lurus.

6. Mengapa  gerhana matahari berlaku?
=bulan berada antara bumi dan matahari dalam satu garis lurus

7. Mengapa  saiz bulan dan matahari kelihatan sama besar jika dilihat dari Bumi?
= kerana jarak matahari dari bumi yg sangat jauh berbanding bulan.

8. Mengapa planet2 tidak berlanggar antara satu sama lain semasa beredar mengelilingi matahari?
=planet beredar melalui orbit masing2.

9. Mengapa planet Musytari merupakan planet paling ringan walaupun planet paling besar?
= kerana terbentuk dari gas-gas termampat.

10. Mengapa planet sentiasa beredar mengelilingi matahari pada orbitnya?
= kerana tarikan graviti matahari terhadap planet.

11. Planet yg berputar ikt arah jam
=zuhrah

12. Planet yg berputar pada sisi
= uranus

1. Apa yang akan berlaku kepada bongkah ais di kutub utara dan kutub selatan  sekiranya bumi mendekati Matahari?
=cair

2. Apakah kesan putaran bumi?
= kejadian siang dan malam
=perubahan panjang bayang2

3. Apakah kesan peredaran bulan?
=kejadian fasa bulan

4. Apakah yang akan berlaku jika planet terkeluar dari laluan (orbit ) masing-masing?
=berlanggar antara satu sama lain

5. Apakah yang akan berlaku jika kedudukan bumi di planet Neptune
=tiada hidupan

6. Apakah yang berlaku kepada haiwan ketika fenomena  gerhana Matahari penuh?
=bergantung pd haiwan
Cth: kelawar dan burung hantu keluar cr makan.

Friday, September 2, 2016

Hafiy Color Cantik

Balik dari sekolah, Hafiy kata:

"Mama, Hafiy color cantik. Teacher bagi hadiah ruler. 4 & 5 years buat bendera. 6 year lukis dan warna".

Seronok abg Afi bercerita dalam kereta sepanjang balik tadi.

Memang cantik abg Afi color bendera tu.
Layak dapat hadiah daripada Teacher.

Alhamdulillah. Dh semakin pandai mewarna sejak ke kelas Global Arts ni.

Friday, August 19, 2016

Tips Menang Pertandingan Mewarna

Bdasarkan pengalaman n pemerhatian👀 membawa Angah, Alang, Kakcik Hafiy ke Pertandingan Mewarna, dikongsikan sedikit info ✅

Persediaan/Peralatan utk Pertandingan Mewarna:
1⃣  Meja rendah duduk atas lantai @ meja tinggi bw kerusi kecil (spy anak2 tak sakit pinggang mbongkok🙇).
Bawa alas suratkhabar.

2⃣ Alat tulis utk tmbh objek2 lain dlm lukisan tsbt.

3⃣ Color krayon🎨 cpt siap sbb besar @ color pensil Size JUMBO yg gemuk2 tu... (bergantung kpd Penganjur)

4⃣Warna mesti PEKAT❤ jgn cair2❕... sebaiknya buat TONE warna (gelap🔴, sederhana♥, terang💗)

5⃣ Pensil 8B (Steadler) utk buatkan OUTLINE pd semua objek yg tlh diwrnakan td spy hasil nmpk lebih kemas.👍🏼

6⃣ Mewarna ikut MASA🕚 yg tlh ditetapkan. Biasanya 1 - 1.5 jam.

7⃣ Selewat2nya datang 1 jam AWAL🏃🏼 utk urusan Pdaftaran dsb.

Smg berjaya🏆 & dapat manfaat semua 😃

Thursday, August 18, 2016

Menu Simple PC Noxxa

Hari ni K.Mus bagi terung telunjuk yg dia tanam sendiri. Fresh dari kebun.

Saya masak menu simple dgn PC Noxxa hari ni.

MENU:
Nasi
Telur dadar
Sambal tumbuk
Sotong goreng kunyit
Terung steam

CARA MUDAH:
1  Steam 7min nasi
2  SF telur dadar
3  SF bwg merah + bilis + cili api = blend dgn Nutrimix Noxxa. Cepat & senang sebab tak perlu tambah cecair pun dia blh blend.
4  SF hirisan bwg besar + lada hijau + serbuk kunyit + sotong + garam
5  Steam 3min terung telunjuk + air
SIAP!!!

Bismillah... dah boleh makan panas2.

Alhamdulillah, Pressure cooker noxxa sangat membantu mempercepatkan kerja di dapur.

Tuesday, July 12, 2016

Nota PT3 SPM 2016

Saya sekadar share daripada info yg di fwd melalui Whatsapp oleh rakan2.

Terima kasih kpd yg share ye. Letak dlm blog ni supaya tak hilang. Tuan / Puan bolehlah semak kesahihannya.

Nota PT3 2016. Jika ada anak2, atau kawan2 yang ada anak yang bakal duduki PT3 2016 ni boleh share supaya sama2 berjaya
BM : http://gg.gg/40zux
BI : http://gg.gg/40zuz
SEJ : http://gg.gg/40zv3
PAI : http://gg.gg/40zuy
GEO : http://gg.gg/40zv4
KH : http://gg.gg/40zv2
MT : http://gg.gg/40zv0
SN : http://gg.gg/40zv1

moga pahala berpanjangan. viralkan.

Utk yg ada anak,adik atau saudara nak ambik SPM tahun ni, bawah ni saya forward msg link kepada nota padat drpd Puan Pengetua Sekolah Men Keb Sek 18, Shah Alam. Ambil masa yang lama untuk saya kumpulkan nota padat ini. Harap perkongsian ini dihargai. Please share to other groups.. Whatsapp, Telegram, Wechat & Facebook.

Let’s start sharing knowledge and help others.
Bahasa Inggeris : http://gg.gg/spmbi Bahasa Melayu : http://gg.gg/spmbm Bahasa Arab: http://gg.gg/spmarab Biologi : http://gg.gg/spmbio
Ekonomi Asas : http://gg.gg/spmeko Ekonomi Rumah Tangga : http://gg.gg/spmert EST : http://gg.gg/spmest
Fizik : http://gg.gg/spmfzk
Geografi : http://gg.gg/spmgeo Kesusasteraan Melayu : http://gg.gg/stra Kimia : http://gg.gg/spmkmia
Matematik Moden : http://gg.gg/mmode Matematik Tambahan : http://gg.gg/mattm
Pengajian Al Quran dan As Sunnah : http://gg.gg/alq Pengajian Syariah Islamiah : http://gg.gg/asyha
Pendidikan Moral : http://gg.gg/spmmor Pendidikan Agama Islam : http://gg.gg/spmagm
Perdagangan : http://gg.gg/spmprdg Prinsip Perakaunan : http://gg.gg/spmakn
Sains Sukan : http://gg.gg/spmssk
Sains : http://gg.gg/spmsns
Sejarah : http://gg.gg/spmsjh
Tasawwur Islam : http://gg.gg/spmtswr Reka Cipta : http://gg.gg/spmrc

Tuesday, April 5, 2016

Khasiat Madu

Tghari tadi dengar ttg khasiat madu di radio IKIM oleh seorg Doktor.... (tak ingat namanya).
Baru tersedar betapa perlunya ada madu asli di SETIAP rumah.... 👍🏼😀

Sesuai utk penghidap diabetes.
Sebagai pemberi tenaga.
Sebagai pembasmi kuman (bila cmpur dlm air n biarkan satu jam) sapu tempat luka.
Sebagai penyembuh sakit perut.
etc

Madu Kelulut bagus.

Menurut Dr tu...
Madu JANGAN...
1. Panaskan atas api sbb khasiat hilang
2. Cmpur dgn Protein (eg.. mkn madu dgn telur, madu dgn susu etc) sbb protein akan mengikat madu n kurang khasiat madu..
etc

Wednesday, March 16, 2016

Quran dalam tulisan rumi?

Inilah pendapat saya tentang terdapatnya Quran ruMi sekarang.

Jika diperhalusi.. tulisan rumi bsamaan dgn sebutan huruf arab tu... blh diterima pd pndpt sy...
Sekurang2nya blh bntu golongan mualaf yg dh berumur utk mbaca quran walau usia sudah lanjut..

Contoh
Teringat masa kite kecik dulu, arwah ayah ada ajar ngaji kpd seorg makcik india muslim setiap mlm... bljr bca yasin....

Pkara yg sama... bila bljr Mandarin... ada dlm tulisan cina n tulisan rumi..

Bila ada basic cara sebutan setiap character cina dlm rumi tu... ank2 pun pelik cmne kite blh bca... walhal kite bca yg rumi tu je... hahaha

ps: ada bljr basic Mandarin 1 thn setengah masa di uitm Dungun part 3 dulu...

Cuma... klu mbaca dgn melihat mashaf.. dpt pahala lbh... kan... hehehe

Wednesday, March 2, 2016

Penerima Pressure Cooker Noxxa Amway

Hari ni En Khai terima PC Noxxa periuk ajaib yg viral tu. Kutu style 4x bayar.
Deal dgn razi malam td.

Alhamdulillah memang hebat Zana promote kpd En Khai. Berbual2 di Comm Room sampai berminat beli. En Khai pun pandai masak rasanya... mmg berbaloi.

Caya lah En Khai!!!

Smg dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Friday, February 26, 2016

Packaging Baru NV

Hari ni first time nk try Nouvelles Visages (NV). Produk pengasasnya arwah Datuk Sosilawati packaging baru.... dulu guna packaging yg lama je.

Beli dpd Iza Facial tadi. Harap2 sama atau lebih baik lagi dpd dahulu.

Mula guna NV sejak dalam pantang bersalinkan Kakcik yang lahir pada 19 Oktober 2008. Maknanya nak masuk 8 tahun la tahun ni. Loyal dengan produk NV sebab setakat ni memuaskan hati.

Yang penting, kulit bersih, segar n berseri2 tanpa make up. Lebih confident. Hehehe

Monday, January 18, 2016

Belajar #1

Hari ni abg Afi 🙋cerita dlm kereta....

Teacher suruh baca:👪
Father ayah👨
Mother emak👧
Brother abang👶
Sister kakak👩
Baby👨👣

Lepas dapat hafal, barulah boleh main pistol2 😁😁😁
Macam2 galakan yang teacher bagi untuk anak2 belajar.

Mama & ayah doakan abg Afi dapat byk belajar di sekolah baru Tadika Aulad, Little Caliphs... sama program dgn Aisy anak Pak Lang tapi di Seremban.

Ok... muaaah... muaaah... ❤💋😚

Saturday, January 16, 2016

Respon goreng

160116 @ 10am

Ada keja tak... blh tlg goreng...

Hiiish! Asyik goreng aje!
Bukan makan sangat pun...!!!

Sebenarnya mama nk bw donut n pau grg inti kacang merah tu ke umah Atok lepas kita jemput Alang 12pm tusyen dari sekolah.

Bila ada yg tlg bantu... blh lah sambung marking paper... bila dh siap marking, blh lah cepat2 jahit langsir wedd 31 Jan nanti.

Tak apa la....nak buat cmne...
Kena la mama juga....

Wallahualam.

Kakcik yang cute

Malam ni sambil mama cari2 barang dalam stor ternampak kertas ni.

Hehehe... cute aje kakcik ni... Tulis untuk Alang... comey!
Bijak.. pandai menulis & boleh membaca dengan lancar sejak umur 5 tahun.  Masa kakcik baca dalam internet di Bilik Rehat Pensyarah pun auntie Aini terkejut dengar kakcik boleh mbaca dengan lancar BM & BI berbanding dengan anak saudara lelakinya yang sekolah tabika juga.

Teruskan kebijaksanaan kakcik tu ye..
Teruskan juga... rajin solat & mengaji.

Mama n ayah sentiasa doakan semua anak2 berjaya dunia dan akhirat.
Bila dewasa nanti, sentiasalah ingat pada mama n ayah ye.....
Jangan sombong2 atas bumi Allah ni ok.

Tuesday, January 12, 2016

Kawan baru

Hari ni kakcik kata ada kawan baru...

Kelas 2B Nur Nadirah Syakirah.
Rumahnya dekat Qistina, sekolah agama sama dgn Aishah... sekolah sama ngan diorg...

Kelas 2K Irfan Brian (convert to muslim). Kcik kata irfan pendiam...

Happy je kakcik bercerita dlm kereta.. pjalanan ke skolah agama..

Alhamdulillah bertambahlah pelajar muslim Tahun 2 kepada 8 orang semuanya.

Thursday, January 7, 2016

Wish to be a smartphone

Kids wanna be a smartphone coz their parents care more to their smartphone...
not bother to listen even their kids speak while crying...

Soft reminder to me...

Also.....

Parents wish to be smartphone too... coz
their kids care more to their smartphone rather than their parents.... WINK!

Everyone....
Syndrome...
Monophobia...

(No mobile, they become phobia = tak blh berenggang dpd hp....)
Pengguna perlu smart... bkn hp je yg smart... kan...

ps: peringatan utk diri sndri..

... am addicted to PINTEREST... 😆😆😆
Tgk smpai terlelap...

Wednesday, January 6, 2016

Roti Nan Cheese

Memang marvellous roti ni buat di umah dgn resepi Pn Asnidar tu.

Guna breadmaker noxxa amway, resepi piza/roti nan/ donut tekan bread No. 11

Lps 55min bunyi beep, kluarkan tumbuk2 buang angin, bulat2, letak cheese, leperkan.
Bakar atas magic pan non stick tu.

Letak atas pinggan, potong mcm piza..
Fuuuh... Terangkat mkn panas2.



Tuesday, January 5, 2016

Laundry bag Amway

Best nya baru dapat back order laundry bag daripada Amway sebab beli Iron Philip Aqua 2.5L tu.

Memang berbaloi sbb ada dua compartment utk baju cerah & gelap. Lepas ni lebih kemas la susunan kainnya.
Tambahan sekolah dah mula, pakaian putih boleh terus asingkan.

Terima kasih amway.

Sunday, January 3, 2016

Mengaji

Hari ni 03/01/2016 merupakan hari pertama Kakcik n Abg Afi ngaji di umah belakang tmn ni. Caca anak Cgu Zamri pun ngaji situ. Ayah Caca lah yg bgtau ayah ada jiran blkg ajar ngaji.

Nanti Mama pun akan ajar kakcik n abg ngaji ye.. mcm dulu2 mama ajar along, angah n alang.
Kita blh buat ulangkaji ngaji di umah spy lbh cepat mahir.

Mama n ayah doakan smg anak2 semua diterangkan hati n mudah faham apa yg diajar. Ameen.