Thursday, November 17, 2016

UPSR 2016

Result UPSR 2016 dh keluar hari ni.
Keputusan menurun berbanding thn2 sblmnya.
Tahun ni pertama ada 6 paper krn tambahan BI kertas 1 & 2.
TAHNIAH kpd yg berjaya.

Yang menarik ialah dpd Wasap SMKA SHAMS MUANNAS.... Rosnyta Abd Rahman.

Buat renungan & ingatan Mama & Ayah bagi ALANG yang akan ambil UPSR 2017 tahun depan.

Aku Membesarkan Seorang Khalifah (AMSK)Hari ini Keputusan UPSR :
💖SAYANG TANPA BERSYARAT
oleh : UBF, Islamic Psychologist/ Motivator

Assalamualaikum wbt👍
Buat ayah ibu tahun 6, 2016, Insya Allah hari ini ayah ibu akan menanti📋keputusan UPSR anak. Anak2 pula penuh dgn debaran, risau dgn keputusan. Dan yg lebih mereka risau dan takut adalah respon ayah ibu.

Buat ayah ibu...👪
Keputusan UPSR esok bukan semata2 kegerunan buat anak2 malahan ujian besar buat kita. Allah uji kita bagaimana kita mahu respon setelah mengetahui keputusan UPSR anak.
✔peluk sambil nangis
✔cium
✔tepuk bahu anak
✔marah
✔kecewa
✔sedih
✔cubit, tarik telinga

Macam2 andaian yg bakal berlaku. Ayah ibu pun mcm dah set je nak respon macam mana kan..😅 Sabar... Baca ni dulu.

❔Soalnya, adakah respon kita bergantung dgn keputusan UPSR anak?

❌Kalau begitu, ertinya sayang kita bersyarat kan... Sayang ketika berjaya, benci atau marah bila gagal. Dan 1 kesilapan yg besar kalau sayang bila berjaya marah bila gagal. Kerana keputusan berjaya ataupun gagal bukan urusan anak2 kita, apatah lagi kita. Itu urusan Allah yg memang kita tak boleh nak campurtangan. Bagaimana ayah ibu boleh menentang ketetapan Allah?

🙋Ye tau, yang ayah ibu marah bukan sbb gagal, tapi sbb anak tak belajar dan tak sungguh2 belajar. UBF cadangkan 1 cara terbaik utk respon kpd anak2 yg masih belum berjaya terutamanya yg main2 belajar.
🆗1. Peluk cium
🆗2. Nangis (kalau boleh😊)
🆗3. Dan cakap baik2 begini dgn anak,
        
          "Rasa apa bang? Sedih? Nampak kan bila main2 belajar, abg x dpt A. Abg gagal. Tp gagal pun ayah tetap sayang abg. Mmg ayah sedih abg x berjaya UPSR tp ayah lg sedih kalau abg x solat, tak dgr ckp ayah ibu. Klu abg x dpt nk gembirakan ayah n ibu dgn 6A pun takpe... abg gembirakan kami dgn solat dan dgr ckp ayah ibu ok."

🔮Yelah... nak marah pun result dh dapat kan...bukan boleh ubah pun. Dah tu, baiklah ckp baik2. Sbb dgn marah meretakkan hubungan. Walaupun dah tau keputusan tak boleh diubah, tapi sekurang-kurangnya dgn bercakap baik2 kita membina hubungan yg bahagia. Anak pun selesa, ayah ibu pun bahagia.

Hidup Mati Biarlah Bererti
Ust Bakhtiar Fitri Hj Abdul Hamid (UBF) 0196501002, Perunding Utama NADI ILMU Training Management.

ps: Gmbar hiasan Kakcik sedang menulis.

No comments: