Sunday, October 2, 2016

Peringatan untuk Diri


Suka baca wasap yg Hafidi forward dalam group kami DBS A 92-95.
Post di blog ni sbg peringatan untuk diri sendiri di kemudian hari.

💠بسم الله الرحمن الرحيم💠
Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar

💠💠💠💠💠💠
Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya

💠💠💠💠💠💠
Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya

💠💠💠💠💠💠
Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya.

💠💠💠💠💠💠
Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku.

💠💠💠💠💠💠
Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya.

💠💠💠💠💠💠
Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghinanya.

💠💠💠💠💠💠
Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT.

💠💠💠💠💠
Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu.

💠💠💠💠💠💠
Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku!

💠💠💠💠💠💠
Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah

ﷺ💠💠💠💠💠
Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah
Muhammad s.a.w
اللهم صل على محمد وآل محمد

💠💠q💠n💠s💠💠

# sungguh indah nukilan ini...
    Sebak bila membacanya...😢

No comments: