Sunday, December 16, 2012

Test 2 OPM530 Dis 2012

Setelah lebih 7 thn x mengajar Operations Mgt, terasa kekok utk mengajar pljr ijazah sem ni. Alhamdulillaxh berkat kesabaran otai2 Pn Che Faridah, k.wan haslin, Mariam (yg bru bpindah ke uitm Kelantan Nov lepas) serta Shafiee berjaya juga smpai ke penghujung sem. Kalau dulu mengajar OM diploma tp kali ni ijazah yg rasanya mudah sedikit bbanding dip dahulu yg byk pengiraan. Hari ni pljr mengambil test 2 minggu depan adalah kuliah terakhir bersama2 mrk. Didoakan smg siswa siswi semua dpt menjawab dgn baik n seterusnya mdpt keputusan yg terbaik dlm Pep Akhir Jan 2013 nanti. Amin.

Wednesday, October 10, 2012

Alang demam

Hari ni kelam kabut sikit. 6.50am hantar Alang ke sekolah sbb ayah jaga PMR d SMK Sri Kenangan. Mama kena bawa Alang, Kakcik n Abg Afi ke sekolah. Kemudian sarapan dgn aunty Aini n Shikin. 9am Program Bicara Sastera di Blk Sekretariat. Sambil tu marking paper final exam Human Resource MGT340. 1pm jemput alang. Blk rumah sbb alang ttinggal baju sekolah ptg. Tp mama xde kunci umah coz along ambil sbb dia keluar lmbt. Minta maaf sbb mama marah alang yg x ambil terus uniform tu.mama mmg nk cepat ada prog n marking paper lagi... Huhuhu. Alang pun monyok aje kena marah. Tgk di ampaian pun xde uniform alang. Akhirnya pergi je sekolah dgn baju sukan. Kena pergi juga sbb smlm alang dah cuti coz cirit birit mkn kupang d umah atok. Hrp2 cikgu tak marah. Kmdn bkejar semula ke uitm tukar bundle dgn yati. 2.30pm Sambung dengar Bicara Siswa. Waktu tanya soalan kpd Ust Zaid Akhtar, dia kata mama mungkin baru dpt soalan dpd facebook sbb masa tanya mama refer Samsung Note. Hish! Tak patut.... Kecik hati. Mama bertungkus lumus salin ceramah dia dlm hp... Dia kata tgk fb plak... X baik serkap jarang tau Ust.... 5pm mama ambil alang, kcik, abg afi n srab. Alang masam aje muka. Dagu jatuh lg. Mama ingat alang merajuk lg pasal tghari td tp rupa2nya alang demam. Blk terus mama letak tuala lembap di dahi alang n bg ubat demam. Alang berehat n tidur. Mama minta maaf ye alaaang... Smg alang cepat sembuh sbb esok alang kata ada ujian di sekolah. Smg alang dpt jawab dgn baik. Amiin.

Wednesday, July 18, 2012

Motivasi pelajar MDAB pra diploma

Hai..... dah lama juga tak menulis sejak interface blog ni dah berwajah baru. Huru-hara jadinya... maklumla sebelum ni menulis dpd smartphone. Bila ditukar kpd format baru.... mmg jadi tak faham. Buat kerja di desktop ni lebih selesa... cuma tak boleh bersambil2 la sbb desktop tak boleh dibawa ke mana2. Kalau guna smartphone senang sikit... mana tidaknya, sambil menunggu anak dlm kereta atau kawan2 sempat buat satu post.  Internet boleh di akses "anywhere n everywhere". Semakin mudah dengan teknologi ni. Syukur dgn nikmat Allah.

Email dpd Lotus Note menyatakan "Dimaklumkan bahawa ibu Hjh Zaira Mohd Nor Pensyarah B.Inggeris telah kembali ke rahmatullah malam tadi dan akan dikebumikan di rumah beliau di Golf Heights Seremban sebelum suhur hari ini".

Baru minggu lepas kak Zaira berjumpa saya dan bercerita tentang kesukaran yang dihadapi mengajar bekas pelajar MDAB.  Memang saya nampak beliau sangat stress di waktu itu. Saya pun berkongsi pengalaman dengan beliau ketika saya mengajar kursus Motivasi selama satu semester untuk dua kumpulan pra diploma.  Saya mengatakan bahawa pelajar MDAB ini kadang2 perlu ditunjuk satu persatu krn kita tak boleh menganggap mereka berdikari sptmn pelajar Diploma yang lain.  Ada pelajar yang ok dan ada yang "slow learner". Ini memang menguji kesabaran dan keprihatinan kita. Harap makluman saya itu serba sedikit membantu beliau.

Kepada k.zaira, semoga tabah menghadapi ujian Allah dan alfatihah kepada ibu beliau.  Semoga di tempatkan dalam kalangan mereka yang terpilih. Amin...



Friday, May 4, 2012

Sunday, April 15, 2012

Pertandingan Mewarna Segamat




12.30 pm lagi kita dah mendaftar untuk pertandingan mewarna ni. Kita orang pertama mendaftar. Patutlah belum ada orang. Mula pertandingan jam 2 petang rupanya. Lepas daftar Along, Angah n Alang dengan bayaran RM15 seorang dan mendapat crayon 24, kita menghabiskan masa di Upwell segamat dan minum di gerai berhampiran.

1.15pm ambil tempat di dewan dah ramai orang. Kali ni along masuk pertandingan buat pertama kalinya. Kakcik yak masuk. Leceh sikit kali ni sebab mama kena uruskan semua termasuk jaga abg afi n kakcik sebab ayah mengiring pelajar smk gemereh ke kursus di plkn melaka.

2.20pm mama tinggalkan abg afi yg sedang tidur di stroller n kakcik yg sedang kusyuk mewarna globalart. Semua berjalan lancar. Alhamdulillah alang mendapat saguhati kategori A dan angah pun mendapat saguhati kategori B. Along tak dapat apa2 tapi pengalaman yang bagus untuk kali pertama. Macam tu lah rasanya berdebar2 setiap kali angah n alang masuk pertandingan.

NURAINA FIRZANA IDRIS Consolation prize A Category
NUR AINA ERYNNA IDRIS Consolation prize B Category
F&G service Colouring Contest at Dewan Choon Chew Chee, Kampung Abdullah Segamat on 15 April 2012.

Lain kali boleh masuk lagi. Berbaloi dapat 2 hadiah dpd 3 org yang masuk.

Saturday, April 14, 2012

Seminar Ke Arah Budaya Kesarjanaan


13/4/12 bersamaan hari Jumaat jam 2.30 - 4.30 pm maka bermulalah sesi perkongsian maklumat daripada tiga sahabat yang baru balik dpd PhD. Format seminar ialah seperti forum. Terdapat 3 perkara yang diajukan kpd setiap panel:
1. Identifying area of study
2. Title
3. Managing supervisor

Alhamdulillah sesi perkongsian ini memberi byk maklumat. Setiap panel tidak lokek menurunkan tips berdasarkan pengalaman masing2.

Terima kasih n TAHNIAH kepada sahabat2 ku Dr Akmal Aini Othman, Dr Farha Abd Gapor n Dr Noraizah.
Persoalannya: Bilakah Nur Taufik dan Hidayah PhD itu akan sampai kepada saya?
Inilah foto graduan phd UiTM Segamat tersebut. Dari kiri pn fatimah alwi (moderator), Dr Akmal Aini, Dr Farha n Dr Noraizah.

Hafiy 15 bulan


11 April 2012 genaplah umur abg afi setahun 3 bulan. Selama 15 bulan jugalah mama diberi kekuatan menyusukan abg afi sepanjang di rumah. Alhamdulillah syukur kpd kurniaan allah. Sekarang abg afi dah semakin lasak n aktif. Pantang grill terbuka je mesti abg afi nak keluar ke garaj. Mmm... Mama gembira sebab itu petanda anak yang sihat n bijak. Cuma sekarang ni abg afi memilih sikit untuk makan. Mcm tadi, mama suapkan nasi tapi abg afi geleng kepala tak nak makan. Agaknya abg afi nak ringankan badan untuk lebih aktif membesar. Tapi badan abg afi maintain.... tembam lagi.

Perkataan yang abg afi pandai sgt sebut ialah "nak". Kalau nampak orang makan... Naaak. Kalau abg afi cakap kat mama "nak". Mama dah tau itu tandanya abg afi nak menyusu. Mama happy setiap kali menyusukan abg afi walaupun ambil masa yg lama.

Semoga abg afi akan terus sihat, ceria n aktif. Ini foto senyuman abg afi yang comel.

Tuesday, April 10, 2012

Tips bagi anak makan ubat


Sebenarnya dah lama mama nak tulis tentang tips-tips ni tapi disebabkan kesuntukan masa dengan tugasan seharian, maka tertangguhlah hingga ke hari ini.

Kadang2 ada anak yang senang nak makan ubat dan ada juga yg susah sampai kena main kejar2. alhamdulilah anak2 mama setakat ni tak ada masalah untuk makan ubat.

Yang paling kerap makan ubat ialah kakcik. Kadang2 kesian tengok kakcik sebab umur sebulan lagi dah kena makan ubat sebab demam dan alahan kulit. Antara tips supaya anak senang makan ubat ialah:
1. Kalau anak kecik lagi, kena bg ubat sebelum makan. Sbb masa tu dia tengah lapar. Kalau dah kenyang, sure muntah lepas makan ubat.
2. Lepas masukkan ubat air dalam mulut anak, tiup hidung dia or picit sikit hidungnya supaya boleh telan ubat tu
3. Bila bagi ubat pil, pastikan guna bekas minuman yg ada muncung seperti botol mineral yang kecik tu, supaya bila mulutnya muncung nanti maka senanglah ubat tu masuk ke tekak.

Selamat mencuba panduan ni... dan yang penting lagi satu, jangan lupa bismillah n doa supaya anak disembuhkan daripada penyakit. Amin.

Solat hajat April



Jam 6 ptg hari ni hujan lebat sangat. Masa ambil along n angah dari sekolah, along kata malam ni ada solat hajat n yasin di sekolah. Hari ni kan Selasa, selalunya buat hari Khamis. Along kata hari Khamis tak dapat buat sebab ada tilawah quran.

Mama lebih suka kalau kali ni ayah yg pergi. Ya lah... Kan ust selalu kata yg lebih afdal solat berjemaah tu ialah org lelaki. Lagipun mama dah 2x ke program solat hajat ni. Sekali sekala bagilah ayah pula kumpul lebih pahala berjemaah.

Tapi nampaknya ayah suruh mama yg pergi, ayah jaga kak cik n abg afi di rumah. Nak buat mcmn, ikut aje lah... Kalau tak pergi nanti angah kena rotan lagi mcm bulan lepas sbb ibu bapa tak datang solat hajat. Along terlepas sbb dia pergi Kota Tinggi pertandingan Balapan n Acara Padang.

Mmm... Tak apa lah. Kali ni mama, along, angah n alang pun pergi sekali utk solat hajat. Semoga along dpt belajar dan faham apa yg cikgu ajar. Kemudian, boleh dpt keputusan yg baik dlm upsr. Anak2 pula semoga mendapat keputusan yg baik dlm pelajaran. Taat pada Allah. Ya Allah... Jadikanlah suami serta anak2 sebagai penyejuk hati. Itulah doa dan hajat yang mama titipkan. Semoga diperkenankan Allah. Amin.

Ini ada foto solat hajat dan yasin di sekolah SRAB sebagai kenangan.

Saturday, March 31, 2012

Janji


Hari ni balik rumah tok aji di Tangkak. Mulanya ayah nak balik awal jam 2 ptg tetapi memandangkan abg afi buat perangai sbb tak puas tidur... ayah tidurkan semula abg afi dlm buaian di bilik. Biar abg afi dpt lena kejap, barulah dia tak mengamuk sbb mengantuk.

Jam tiga lebih baru kita bertolak ke Tangkak. Singgah kedai jap beli pisang utk buat minum ptg favorite ayah iaitu pisang goreng. Sesampai aje, semua org terus capai pinggan n mkn nasi bersama2 tok senah. Almaklumlah dh 3 minggu kita x balik Tgkk. Cuma jumpa atok masa bercuti di Swiss Garden Kuantan minggu lepas. Dekat nak pukul 7 ptg baru tok aji blk dari kebun. Menanam keladi sampai 300 batang katanya. Fuuhh.. Cayalah atuk... masih kuat lagi nk menanam. Itulah atuk yg mmg tak boleh duduk diam. Mesti ada aje benda yg atuk nak buat. Org muda pun belum tentu larat berkebun mcm atuk. Patutlah atuk sentiasa nampak sihat dan bertenaga.

Lepas maghrib kami berborak2. Memandangkan tahun ni along akan ambil UPSR, ayah bgtau cik ina n mokcu utk nasihatkan along. Cik ina n mokcu ucap tahniah kpd along sbb jadi naib juara (pingat perak) dalam acara lontar peluru dlm IHTIFAL Balapan dan Padang SRAB 2012. Cik ina n mokcu pun nasihatkan along supaya tumpukan perhatian pd pelajaran dan tak memikirkan perkara2 lain yg blh meleka n melalaikan. Along tak boleh hanyut dgn kehendak naluri remaja sbb along sendiri blm matang utk membuat keputusan dan membezakan yg mana baik dan yg mana buruk.

Dalam kesedihan tu... Along berjanji utk belajar bersungguh2, menjaga akhlak n adab serta minta maaf atas sgl kesalahan along. Kami gembira dgn kata2 along tu serta berharap n berdoa semoga along dpt mengotakannya. Teruskan usaha utk mencapai cita2 along mendapat 5A dlm UPSR nanti. Siapa yg rajin berusaha insyaallah berjaya! Sesungguhnya kejayaan itu bkn utk ayah n mama semata2 tetapi utk diri along sendiri. Seandainya along tidak mdpt apa yg along inginkan... Ayah n mama tetap bersama2 along mberi semangat n kekuatan utk menempuh hari muka.

Uban ke


9.30am tadi hantar angah n alang ke drawing class Global Art Segamat.
10.30am pula along ada kelas Hikmah utk UPSR kat sekolah dia SRAB.
11.30am jemput angah n alang yg habis kelas.

Hampir jam 1.00pm waktu makan cendol n jemput2 di kedai cendol sebelah Nirwana.. Abg Afi buat perangai. menangis tak henti n x nak dipujuk. Mmg abg afi dah ngantuk sgt lah tu. Tambahan pula pagi tadi ayah dah bagi abg afi ubat batuk.. Lagilah... Abg afi ngantuk sangat... Ayah pulak pujuk abg afi sambil tukar turn dgn mama mkn cendol. Nampaknya ayah berjaya buat abg afi diam n bawa abg afi jalan2 kejap dlm Nirwana.

Bila dh diam ayah bg cendol sikit kat abg afi... Mmm... Bestnya. Patutlah abg afi mengamuk sakan. Mama, ayah, angah, alang n k.cik aje yg mkn... Abg afi pun nak makan cendol jugak kan.. Hehe.i

Dalam perjalanan nk jemput along 1.30pm, mama susukan abg afi yg dah ngantuk tu. Sambil susukan, mama suka usap n belek2 abg afi. Tiba2 mama ternampak sesuatu di kepala abg afi. Jeng jeng jeng... ada sehelai rambut putih berkilat mcm uban. Aik... Takkan baby2 lagi dh ada uban. Ini mesti rambut yg nakal nk dok kat kepala abg afi. Mama sayang nak cabut rambut tu. Tapi rasanya mesti kena cabut juga nanti. Jadi mama ambil foto uban utk kenangan. :-)

Saturday, March 24, 2012

Ihtifal 2012 SRAB


23/3/12 hari Jumaat jam 9am Along bertolak ke Kota Tinggi utk pertandingan Balapan dan Permainan Ihtifal 2012 Sek Ren Agama Bersepadu (SRAB) 2012. Pergi naik bas dgn kawan2 sekolah mesti best kan along...

Tahun lepas permainan along masuk bola jaring jadi Johan. Kali ni along masuk Lontar Peluru dpt naib johan mengalahkan 7 SRAB yg masuk (kecuali Mersing). Alhamdulillah. TAHNIAH!!! Along memang HEBAT bersukan. Mama n ayah bangga betul dgn pencapaian along. Teruskan mengumpul medal2 dlm koleksi along.

24hb jam 9 mlm waktu ambil di SRAB, along nampak letih sgt. Mkn di kedai pun along tak nak. Along kata kena cirit birit mkn ayam merah yg dibungkus masa tiba di Kota Tinggi tu... Mama selalu pesan, kalau nmpk lain mcm je mknn, bau atau berbuih jgn mkn. Mkn roti pun takpe la... sbb bila dah terkena sakit perut, bukan sehari blh hilang. Syukur along tak apa2 dan masih blh bersukan. Berehatlah dulu hingga esok.

Nampaknya sampai bulan ni aje lah latihan sukan setelah dua minggu along berlatih setiap hari. Lepas ni blh lah along tumpukan pada persiapan UPSR pula. Semoga pencapaian along dlm ko kurikulum dan pelajaran seimbang. Amiiin.

Friday, March 23, 2012

Demam


Assalamualaikum abang afi... 21/3/12 selepas ambil dari Taska Abid abg afi makan macam2. Ada biskut, roti, air milo dll. Lepas tu abg afi muntahkan semua. Melambak2 atas lantai. Bila balik mesti abg afi cari mama utk menyusu... Mcm biasa mama rasa seronok sgt setiap kali menyusukan. Sbb mama blh peluk, tepuk dan gosok2 badan abg afi. Abg afi pulak suka cubit, gosok n garu2 mama. Dah 14 bulan mama menyusukan abg afi dan mama akan teruskan sampai 2 tahun. Semoga Allah beri kekuatan kpd mama.

Jam 8pm 22hb bawa abg afi ke Klinik Mesra. Dr. Pengganti dari hosp kata xde apa2. Mcm biasa Dr. bg ubat demam, batuk n selsema. Mama tgk abg afi lemah, terbaring atas lantai porch kita. Itu yg mama bw terus ke klinik. Tbahan pula umi siti call kata ada 2 org lagi di taska yg muntah2 n cirit birit. Takut ada virus. Mama happy sbb lepas mkn ubat alhamdulillah abg afi dh aktif sikit. Mulut dh riuh mcm biasa.

Abg afi asyik merengek aje tak nak tidur mlm. Ayah pun dh puas enjut buai.. Sampai ngantuk2 abg afi x tidur lg. Akhirnya mama mandikan dgn air suam, tukar lampin n baju... Baru abg afi tidur.

Jam 9.15am 23hb mama call taska. Diorg kata abg afi x muntah n sedang tidur. Alhamdulillah.. Mama rasa lega... Mama doakan abg afi cepat2 baik ye. Boleh kita main sama2 lagi.

Thursday, March 22, 2012

Latihan Deklamasi Sajak


Hari ini jam 7.30am - 1.30am alang ada program Latihan Deklamasi Sajak di SJKC Bekok. Mmm... Cikgu2nya memang bersemangat sebab alang kata dia akan tengok pertandingan ini utk persediaan pertandingan tahun depan. Syabas cikgu2.


Alhamdulillah... Cikgu pilih alang utk kategori non chineese bg deklamasi sajak mandarin ni. Mama bangga dgn alang sbb alang terpilih dpd 8 pelajar melayu Thn 1. Harap alang dpt menjadi anak yg berani berhadapan dgn org ramai sptmn yg alang buat waktu bercerita mandarin ketika 6 thn di Tabika Seri Kaya dulu. Teruskan usaha alang utk menjadi pelajar yg berjaya dunia dan akhirat. Mama n ayah sentiasa menyokong dan memberi galakan.