Saturday, March 31, 2012

Janji


Hari ni balik rumah tok aji di Tangkak. Mulanya ayah nak balik awal jam 2 ptg tetapi memandangkan abg afi buat perangai sbb tak puas tidur... ayah tidurkan semula abg afi dlm buaian di bilik. Biar abg afi dpt lena kejap, barulah dia tak mengamuk sbb mengantuk.

Jam tiga lebih baru kita bertolak ke Tangkak. Singgah kedai jap beli pisang utk buat minum ptg favorite ayah iaitu pisang goreng. Sesampai aje, semua org terus capai pinggan n mkn nasi bersama2 tok senah. Almaklumlah dh 3 minggu kita x balik Tgkk. Cuma jumpa atok masa bercuti di Swiss Garden Kuantan minggu lepas. Dekat nak pukul 7 ptg baru tok aji blk dari kebun. Menanam keladi sampai 300 batang katanya. Fuuhh.. Cayalah atuk... masih kuat lagi nk menanam. Itulah atuk yg mmg tak boleh duduk diam. Mesti ada aje benda yg atuk nak buat. Org muda pun belum tentu larat berkebun mcm atuk. Patutlah atuk sentiasa nampak sihat dan bertenaga.

Lepas maghrib kami berborak2. Memandangkan tahun ni along akan ambil UPSR, ayah bgtau cik ina n mokcu utk nasihatkan along. Cik ina n mokcu ucap tahniah kpd along sbb jadi naib juara (pingat perak) dalam acara lontar peluru dlm IHTIFAL Balapan dan Padang SRAB 2012. Cik ina n mokcu pun nasihatkan along supaya tumpukan perhatian pd pelajaran dan tak memikirkan perkara2 lain yg blh meleka n melalaikan. Along tak boleh hanyut dgn kehendak naluri remaja sbb along sendiri blm matang utk membuat keputusan dan membezakan yg mana baik dan yg mana buruk.

Dalam kesedihan tu... Along berjanji utk belajar bersungguh2, menjaga akhlak n adab serta minta maaf atas sgl kesalahan along. Kami gembira dgn kata2 along tu serta berharap n berdoa semoga along dpt mengotakannya. Teruskan usaha utk mencapai cita2 along mendapat 5A dlm UPSR nanti. Siapa yg rajin berusaha insyaallah berjaya! Sesungguhnya kejayaan itu bkn utk ayah n mama semata2 tetapi utk diri along sendiri. Seandainya along tidak mdpt apa yg along inginkan... Ayah n mama tetap bersama2 along mberi semangat n kekuatan utk menempuh hari muka.

No comments: