Friday, March 23, 2012

Demam


Assalamualaikum abang afi... 21/3/12 selepas ambil dari Taska Abid abg afi makan macam2. Ada biskut, roti, air milo dll. Lepas tu abg afi muntahkan semua. Melambak2 atas lantai. Bila balik mesti abg afi cari mama utk menyusu... Mcm biasa mama rasa seronok sgt setiap kali menyusukan. Sbb mama blh peluk, tepuk dan gosok2 badan abg afi. Abg afi pulak suka cubit, gosok n garu2 mama. Dah 14 bulan mama menyusukan abg afi dan mama akan teruskan sampai 2 tahun. Semoga Allah beri kekuatan kpd mama.

Jam 8pm 22hb bawa abg afi ke Klinik Mesra. Dr. Pengganti dari hosp kata xde apa2. Mcm biasa Dr. bg ubat demam, batuk n selsema. Mama tgk abg afi lemah, terbaring atas lantai porch kita. Itu yg mama bw terus ke klinik. Tbahan pula umi siti call kata ada 2 org lagi di taska yg muntah2 n cirit birit. Takut ada virus. Mama happy sbb lepas mkn ubat alhamdulillah abg afi dh aktif sikit. Mulut dh riuh mcm biasa.

Abg afi asyik merengek aje tak nak tidur mlm. Ayah pun dh puas enjut buai.. Sampai ngantuk2 abg afi x tidur lg. Akhirnya mama mandikan dgn air suam, tukar lampin n baju... Baru abg afi tidur.

Jam 9.15am 23hb mama call taska. Diorg kata abg afi x muntah n sedang tidur. Alhamdulillah.. Mama rasa lega... Mama doakan abg afi cepat2 baik ye. Boleh kita main sama2 lagi.

No comments: