Tuesday, April 10, 2012

Tips bagi anak makan ubat


Sebenarnya dah lama mama nak tulis tentang tips-tips ni tapi disebabkan kesuntukan masa dengan tugasan seharian, maka tertangguhlah hingga ke hari ini.

Kadang2 ada anak yang senang nak makan ubat dan ada juga yg susah sampai kena main kejar2. alhamdulilah anak2 mama setakat ni tak ada masalah untuk makan ubat.

Yang paling kerap makan ubat ialah kakcik. Kadang2 kesian tengok kakcik sebab umur sebulan lagi dah kena makan ubat sebab demam dan alahan kulit. Antara tips supaya anak senang makan ubat ialah:
1. Kalau anak kecik lagi, kena bg ubat sebelum makan. Sbb masa tu dia tengah lapar. Kalau dah kenyang, sure muntah lepas makan ubat.
2. Lepas masukkan ubat air dalam mulut anak, tiup hidung dia or picit sikit hidungnya supaya boleh telan ubat tu
3. Bila bagi ubat pil, pastikan guna bekas minuman yg ada muncung seperti botol mineral yang kecik tu, supaya bila mulutnya muncung nanti maka senanglah ubat tu masuk ke tekak.

Selamat mencuba panduan ni... dan yang penting lagi satu, jangan lupa bismillah n doa supaya anak disembuhkan daripada penyakit. Amin.

No comments: