Sunday, November 19, 2017

Link booking online

Terima kasih A2O yg share dlm wasap grp PPDP. Mohon share di blog supaya mudah saya rujuk.

17/11/2017, 9:44:13 PM: ‪+6016‑656 xxxx‬: *Malaysia's emerging digital economy*
1. GoCar (gocar.my) - car rental/sharing.
2. Uber/Grab - ride sharing
3. The Lorry (thelorry.com) - rent lorry, van, 4x4
4. Serv (serv.my) - service your vehicle without going to the workshop
5. The Battery Shop (thebatteryshop.my) - delivers car batteries within an hour
6. Carput (carput.my) - petrol delivery, flat tyre change & towing services
7. Kfit (kfit.com) - book slots at gyms, spas, workout studios
8. Kaodim (kaodim.com) - find service providers
9. Bfab (bfab.my) - booking service for manicures, massages, hair removal service etc.
10. Supahands (supahands.com) - will connect you to businesses, data entry work, accounting work
11. PantangPlus (pantangplus.com) - for young urban mums who wants service while they’re on pantang
12. BookDoc (bookdoc.com) - connects you to healthcare professionals near you
13. Helpr (helprnow.com) - platform for personal shoppers
14. PasarTap (pasartap.com) - delivery service for market stuff. RM3 charge for same day delivery
15. Recommend (recommend.my) - on-demand home improvement site
16. PostoExpress (postoexpress.com) - despatch drivers who deliver within 3 hours
17. Zyllem (zyllem.com) - connects you to freelancers, local couriers & delivery drivers. 1 hour delivery.
18. GoGet (goget.my) - pick up, delivery stuff, ask them to shop for you, deliver food, helpers, odd jobs
19. AutoCraver (autocraver.com) - sell your car here and dealers will make a bid
20. Content (content.co) - connects you with content writers
21. Foodmatters (my.foodmatters.me) - delivers healthy, home-cooked meals to your doorstep.
22. DahMakan (dahmakan.com) - similar to foodmatters
23. GiveReceipt (givereceipt.com) - generates officical digital receipts and emails them to customers
24. Parkeasy (parkeasy.co) - book parking bays at malls
25. Aiskosong (aiskosong.launchrock.com) - lists stores near you that offers student discounts
26. Gigfairy (gigfairy.com) - event management, book emcee, artists, bands for booking
27. Shoppr (shopprapp.com) - search for brands and it’ll direct you to online shopping sites
28. HonestBee (honestbee.my) - grocery, food and laundry delivery service
29. Speedrent (speedrent.com) - deal direct with owners, no agents
30. BigCast (bigcast.my) - marketing platform that connects you to advertisers
31. iPrice (iprice.my) - gathers products from other e-commerce sites to one single platform
32. CatchThatBus (catchthatbus.com) - buy bus tickets online
33. BeBonobo (bebonobo.com) - a website that lets you easily find things you need from your neighbors - for free.
34. MaidEasy (maideasy.com) - book a 2 or 4 hour slot for maids and they will deliver
35. WanderZoom (wanderzoom.co) - book a photographer for any event
36. FlexiStorage (flexistorage.com.my) - rent storage space
37. Skolafund (skolafund.com) -for underpriviliged students for tertiary education
38. Piktochart (piktochart.com) - offers templates for design
39. Foooqy (foooqy.com) - home-cooked dishes for delivery
40. Currenseek (currenseek.com) - book exchange rate and collect from money changers of your choosing
41. Kakitangan (kakitangan.com) - they handle HR matters for small companies.
42. Hostel Hunting (hostelhunting.com)  - for students looking for hostels/room to rent near their campuses
43. Watch Over Me (watchovermeapp.com) - tracks your location and alerts people you choose during an emergency
44. Booku (booku.rent) - rent books
45. Petsodia (petsodia.com) - find hotels for your pets
46. Halal Navi (halal-navi.com) - finding halal restaurants near your location
47. MOTUS (MOTUS.my) - your choice of boutique gym access throughout Malaysia
48. Door 2 Door Doctor (door2doordoctor.my) - home healthcare and medical concierge services to your home

Monday, October 16, 2017

Resepi Kek Karot BM Noxxa

Salam semua.
Nk tumpang share sini resepi kek karot uli n bakar terus dalam Breadmaker Noxxa Amway. Lain kali senang nak rujuk.

Mudah, senang & cepat dgn BM Noxxa ni.

Kredit to Pn Asnidar yang share dalam wasap group.

Friday, October 6, 2017

First swimming class

Asalaamualaikum.
Hari ni hari pertama Abg Afi & Kakcik ke swimming class 10.45 - 11.30am d Segamat Country Club. Dekat je dgn rumah tapi kena pusing jalan.

Abg hafiy happy je gi class & tak sabar2 lagi nk gi next class.
Kakcik plak smg dgn swimming class ni dia dapat bernafas dengan betul, baik n dapat pulihkan semput tu.

Kena hantar ke kelas sbb mama sendiri tak blh nk ajar anak sendiri swimming. Ajar org lain.. senang plak kan... hahaha..

Selamat belajar anak2 semua.

Monday, September 11, 2017

UPSR 2017 Alang

Hari ni ialah hari pertama kertas BM Alang ambil utk UPSR 2017.

Dari mlm td Alang dh siap2 minta maat dgn ayah n mama. Ayah pun bg kata2 semangat... Mama n Ayah doakan agar Alang dpt mjawab soalan dgn baik.
Mama tahu.. bukan mudah berada dlm SJKC... tp kami sentiasa doakan Alang agar dpt 8A dlm #UPSR2017 ni.
Buat baik2 ye Alang.

Ameen.

Friday, September 1, 2017

Hafiy ke Lenggong Perak

Salam Aidiladha semua.
Dh lama mama tak post di blog.

1 Sept 2017 hari ni Haji Akbar.. Aidiladha pada hari Jumaat.  Spt biasa... beraya di Tangkak. Pertama raya hari tanpa kehadiran Atok Senah yg telah mengadap Penciptanya pada 12 Ogos 2017 yang lalu.

Abang Afi hari ni ikut Pak Lang ke kampung Mak Lang di Lenggong Perak. Aisy, Danish, Qys jumpa Opahnya.  Seronok main2 bola, lego di Tangkak ramai2.... menyambung di umah Opahnya plak.

Pertama kali abg afi berjauuuuhan dpd Mama n Ayah..... sblm2 ni cuma tido 1 mlm aje di Little Caliphs program tadika.

Ahad Pak Lang balik Seremban, Ayah & Mama gi jemput OK.

Mama n ayah doakan smg semua selamat pergi & balik. Jaga diri baik2 di sana Ok. Ubat batuk, demam & selesema tu... mkn mlm nanti tau... sbb mlm n pagi td  abg afi muntah2 lepas makan.

Kita jumpa hari Ahad nanti ye...

Luv... from us :Ayah Mama.

Wassalam.

Wednesday, July 12, 2017

Ayat marketing PC Noxxa

ISU:
Bila set 7min, kenapa ambil masa bbrp minit utk PC Noxxa mula memasak...?
(adakah masak 2min, 5min, 7min dll tu... ayat marketing aje...?)

*************************************

Bila org btanya biasanya saya akan kata...
Utk masak nasi HP 7min, 7min tu ikut masa Dia... (ayat ni penting utk bgtau kpd newbie).

So... secara peribadinya... klu nk cepat... sy akan terus tekan SF dulu sambil2 basuh beras tu supaya dia cepat panas...
Dh siap basuh beras, OFF SF td.
Tekan HP 7min spt biasa...

Masak nasi dgn PC mmg lebih cepat dpd rice cooker biasa.. blh bandingkan.

(Ini ayat marketing saya.... hehehe)
I'm not selling the PC,
I'm selling the happiness in the family...

Ibu gembira, keluarga bahagia....

Pressure Cooker Noxxa sangat membantu kerja2 di dapur... dengan syarat:
Manfaatkan dengan sebaiknya...

Jgn marah aaaaa....WINK!

Tuesday, July 4, 2017

Nasihat yang lembut

Copy paste dpd Uni Saniha yg post dlm wasap family.
Simpan di blog ni untuk mudah rujuk nanti.

Lembutnya nasihat ni...

Baca perlahan-lahan dan Baca Sampai Akhir

Anda Akan Terpukau

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

من الطبيعي أن ترى السفينة في الماء لكن من الخطر أن ترى الماء في السفينة فكن أنت في قلب الدنيا ولا تجعل الدنيا في قلبك .      

Adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air, namun bahaya bila melihat air dalam perahu. Maka engkau boleh berada di hati dunia tapi jangan kau tempatkan dunia didalam hatimu.                              

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

إن خسِرت شيئًا لم تتوقع يومًا أن تخسره ، فإن الله سيرزقك شيئًا لم تتوقع يومًا أن تملكه .

Jika kau pernah merasa rugi sesuatu yang tidak pernah kau sangka suatu hari, maka sesungguhnya Allah akan memberimu rezeki suatu hari yang tidak pernah kau kira akan memilikinya

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

تفاءل عندما تصعب عليك الأمور ، فإن الله تعالى أقسم مرتين فإنّ مع العُسر يُسرا ، إنّ مع العسر يسرا .

Optimislah saat segala urusan terasa sulit bagimu, kerana Allah telah bersumpah dua kali "Sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan"

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

الحياة سألت الموت :
لمآذا البشر يحبونني ويكرهونك ؟
أجاب الموت : ﻷنك كذبة جميلة وأنا حقيقة مؤلمة

Kehidupan bertanya kepada kematian:
mengapa manusia mencintaiku dan membencimu?
maka maut menjawab: "Kerana kau adalah kebohongan yang indah, sedangkan aku adalah kenyataan yang menyakitkan"

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

لا نعلم بعد رحمة الله ما الذي سيدخلنا الجنة ؟؟
أهي ركعة ، أو صدقة ، أو سقيا ماء ، أو حاجة مؤمن قضيناها ، أو دعوة ، أو ذكر !!!!
فاعمل ولا تستصغر !!!!!!

Kita tidak tahu setelah Allah merahmati kita, apalagi yang boleh membuat kita masuk syurga??
Apakah itu rukuk atau sedekah, atau air yang kita berikan, atau keperluan orang beriman yang kita tunaikan, atau doa, ataukah dzikir kita??
maka beramal lah dan jangan mempertikaikan!

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

ضع قليلاً من العاطفة على عقلك حتى يلين
  وضع قليلاً من العقل على قلبك كي يستقيم .

Letakkan sedikit perasaan pada akalmu agar dia lembut
dan letakkan sedikit akal pada perasaanmu agar dia lurus

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

تعجبني القلوب التي تستقبل الألم بصمت و تبرر أخطاء الآخرين بحسن نيه .

Aku takjub kepada hati yang menerima kesakitan dengan diam, dan menilai kesalahan orang lain dengan niat yang baik

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

عندما تظن بأن بعد الشقاء سعاده ، وبعد دموعك إبتسامة فقد أديت عبادة عظيمه ألا وهي حسن الظن بالله

Ketika kau meyakini bahawa setelah  kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesunggunhnya kau telah melaksanakan ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah.

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

إذا أتعبك ألم الدنيا فلا تحزن .. فربما أشتاق الله لسماع صوتك وأنت تدعوه .. لا تنتظر السعادة حتى تبتسم .. ولكن ابتسم حتى تكون سعيد .. لماذا تطيل التفكير والله ولي التدبير .. ولماذا القلق من المجهول وكل شيء عند الله معلوم .. لذلك إطمئن فأنت في عين الله الحفيظ .. وقل بقلبك قبل لسانك « فوضت أمري إلى الله » طيب الله أيامكم بذكره

Jika sakitnya dunia membuatmu lelah maka janganlah bersedih......... barangkali Allah ingin mendengar suaramu dalam doamu........dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum........namun tersenyumlah sehingga kau bahagia.........mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang Maha Mengatur.... mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu........oleh kerana itu tenanglah kerana engkau selalu berada pada pengawasan Allah yang Maha Menjaga......dan ucapkan dengan hatimu sebelum dengan lisanmu...........aku serahkan segala urusanku kepada Allah.

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁: كلام جميل 💯%💯

إذا لم تعرف عنوان رزقك.. فلا تخف.. لأن رزقك يعرف عنوانك.. فإذا لم تصل إليه.. فهو حتما سيصل إليك.

Jika kau tidak tahu alamat rezekimu...... janganlah takut......kerana rezeki Allah tahu dimana alamatmu...jika kau tidak boleh sampai kepadanya......nescaya dia akan sampai kepadamu...

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
إذا قابلنا الإساءة بالإساءة.. فمتى ستنتهي الإساءة؟!
قال تعالى: "فمن عفا وأصلح فأجره على الله"

Jika kita membalas keburukan dengan keburukan maka bila keburukan ini akan berakhir?!
Allah berfirman "dan barangsiapa yang memaafkan dan memperbaiki maka pahalanya ada di sisi Allah".

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
عندما نتأخر عن الدوام ندخل برأس منكوس وكلام مهموس حياء من المدير.. فهل نشعر بنفس هذا الشعور عندما نتأخر في الصلاة ونقف بين يدي الله؟!
Ketika kita lewat masuk kerja, kita masuk dengan kepala tertunduk dan suara yang lesu kerana malu kepada majikan.....maka apakah kau merasakan hal yang sama saat kau terlambat dalam solat dan berdiri di hadapan Allah ?!

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
لاتحسد أحدا بنعمة فأنت لاتعلم ماذا أخذ الله منه.. ولاتحزن بمصيبة فأنت لاتعلم ماذا سيعطيك الله عليها "إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب"

Jangan kau iri kepada seorang pun kerana sebuah nikmat, kerana kau tidak tahu apa yang telah Allah ambil darinya...... dan janganlah bersedih kerana sebuah musibah, kerana kau tidak tahu apa yang akan Allah hadiahkan untukmu......... Allah berfirman "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang diberikan pahala tanpa dikira kira"

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
حكمتين من أروع ما وصلني اليوم :
حكمة يابانيةُِ :
ليس كل سقوط نهاية  فسقوط المطر أجمل بدايةُ

Bukan semua kejatuhan adalah sebuah pengakhiran, kerana turunnya hujan adalah awal yang paling indah

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
يقول حكيم يوناني:
كنت ابكي لأنني أمشي بدون حذاء
ولكنني توقفت عَنَ البكاء عندما رأيت رجلاََ بلا قدمين..
دائما الحمدلله علىَ كل حال ''

Dahulu aku menangis kerana aku berjalan tanpa alas kaki.... namun akhirnya aku berhenti menangis saat aku melihat lelaki tanpa kedua kakinya......maka selalu ucapkanlah Alhamdulillah pada setiap keadaan.

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
يوماً ما ستكتشف:
"أن حزنك حماك من النار
  وصبرك أدخلك الجنة"

Pada suatu hari kau akan menemukan bahwa kesedihanmu akan menyelamatkanmu dari neraka dan kesabaranmu akan memasukkanmu kedalam syurga.

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
من عجائب الإنسان أنه يستفز من سماع (النصيحه) و ينصت لسماع (الفضيحه).

Di antara keajaiban manusia adalah, dia merasa resah mendengarkan nasihat dan terdiam saat mendengarkan keburukan.

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
- لا تتوقع من نهاية اليوم إلاَّ الرِّضَا وسترضى..
استعن بالكريم
استعنْ بالرحيم
استعن بالعظيم

Jangan biarkan manusia mengetahui sesuatu darimu melainkan kebahagiaanmu, dan jangan sampai mereka melihat kesedihanmu kecuali senyummu.

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
•إن ضاقت عليك أمورك!
    » ففي القرآن جنتك .

• إن آلمتك وحدتك !
    » فإلى السماء دعوتك .

• إن سألوك عن أخبارك !
    » فاحمد الله و ابتسم .

Jika semua urusanmu terasa sempit maka di dalam Al Qur'an ada syurgamu
Dan jika kesendirianmu menyakitimu , maka kelangit kirimkan doamu
dan jika mereka bertanya tentang khabarmu maka katakan Alhamdulillah dan tersenyumlah.

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
أخيراً:
• إذا نويت نشر هذا الكلام!
    »  انو به خيراً لعل الله يفرج لك بها كربة من كرب الدنيا

Sebagai penutup..
Jika engkau berniat utk share faedah yang sangat berharga ini,,
Jangan lah lupa berniat baik/Luruskan Niat
Semoga dengan niat baik ini Allah Swt berikan kelancaran dalam segala urusan kita..
Keberkahan dalam rezeki kita..
Dijaga dari segala mara bahaya..
Diluaskan rezeki kita..
Dijaga aqidah kita beserta keluarga dan anak cucu daripada segala aliran dan aqidah yang menyimpang..
Dan ditutup umur kita semua dalam keadaan husnul khatimah,
Amiinn Allahumma Amiinn..

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
هدية للأحباب..🎁
أرسلها لقائمتك ليشهدوا لك بذلك غداً ولا تحرم نفسك الأجر بإذن الله

Hadiah untuk saudaraku yang kucinta..
Berbagilah akan faedah ini kepada handai taulan supaya mereka kelak menjadi saksi akan ibadah ini.

Saturday, May 20, 2017

Jangan lupakan kami ye...

Salam anak2 binti & bin Idris.

Saja Mama pos sini yg diambil dpd wasap group Ustaz Tido buat ingatan kita semua...

Mama dah xde mak ayah... Jadi, pos sini dengan harapan anak2 semua Along, Angah, Alang, Kakcik & Abg Hafiy ingat kepada Ayah & Mama setelah dewasa nanti. Insyaallah. Ameen.
Sayang semua... Muaaaah.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Saya pernah tak bagi duit kat ayah saya dulu walaupun saya dah mula berniaga.. Saya rasa nak bagi rm100 rasa macam berkira sangat.. Di ukm saya berniaga income dapat dalam purata RM3k sebulan.. Macam2 business saya buat.. Saya rasa banyak sangat dapat.. Tapi duit tu rasa macam habis macam tu je.. Saya rasa macam ada benda tak kena..

Satu hari abg saya no 4 tanya saya.. "Mung niage doh ni buwi dop duit ke ayoh.. Jangang wak lupe tu.. Anok laki wajib buwi nafkah pada mok ayoh.. Dop berkat kekgi.."

Saya fikir saya belajar lagi.. Tak kan nak bagi kat ayah dah... Saya terus termenung.. Tepuk dahi saya.. Allah... Apa aku buat ni.. Sampai ayah pun aku lupa nak bagi dia...

Ada juga yang rasa.. Owh.. Ayah mak saya dah tak perlu.. Duit deorang pun dah banyak.. Tak sebenarnya.. Kita bagi bukan sebab duit tu.. Tapi sebab kita nak kan keberkatan...

Saya terus minta no akaun ayah saya pada abg saya terus masukan duit RM300.. Ingat lagi kali pertama bagi kat ayah.... Allahu... Saya mula rasa lain.. Duit rasa macam ada je.. Tak habis2..malah bertambah.. Boleh belanja kawan2.. Boleh bantu kawan2 yang susah.. Sejak daripada tu.. Saya tak pernah mis masukan duit setiap bulan..

Sekarang saya dah makin tak berkira dengan ayah.. Ayah nak apa je insyaALLAH saya akan penuhi.. Pernah tahun lepas ayah ngadu moto elektrik ayah dah nak rosak.. Dah selalu habis bateri.. Saya dengar terus saya balik kampung terus belikan ayah moto elektrik baru RM2800.. Tetap tak sama dengan nilai ayah belikan saya kereta mainan harga Rm30 dulu masa saya kecik.. Sebab ayah dulu nak dapat rm30 dengan penuh tangisan dan air mata...yaAllah.. Sejak tak berkira dengan ayah.. Bulan2 pun dah ribu.. Makin banyak bagi kat ayah makin melimpah ruah rezeki Allah bagi..

Dari situ saya mula belajar.. Kecik mana pun pendapatan kita.. Bagi duit kat mak ayah satu punca rezeki yang paling mudah nak tarik daripada khazanah Allah.. Ramai anak muda hari ni ambil mudah dengan nafkah pada mak ayah.. Kalau kita tak bagi duit kita kat mereka.. Duit tu pasti juga akan habis ke tempat lain.. Allahu.... YaAllah kau panjang kanlah umur ayah saya agar saya dapat khidmat lagi pada nya dengan sebaiknya.. YaAllah.. Kau dah panggil mak saya ketika saya masih belum semoat khidmat padanya.. Janganlah kau panggil ayah saya lagi.. Saya masih belum puas khidmat ayab saya..tolong yaallah.. Huhuk.. Amiiiin

Boleh share pada rakan2 adik beradik suami isteri kita..

Pembimbing Remaja,
Ustaz Tido - Pembimbing Remaja

Jemputan ceramah ust tido sekolah2 seluruh malaysia dan one to one program untuk anak bermasalah boleh hubungi 0177671637 alhamdulillah ramai dah remaja yg kita bantu pulihkan dengan izin Allah

Kem Pemuda Ashabul Kahfi 2017 bulan puasa cuti sekolah
Johor Bahru 28-30 mei
Bangi 31 mei - 2 jun

#storyustaztido

Thursday, April 13, 2017

Sebulan resepi berbuka puasa Ramadhan

----30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan----

Saya copy sini supaya mudah nk rujuk.
Resepi yg sahabat Alang Suhainey share di wasap group Macam2 Resepi.

Kredit kepada yg memberi resepi ini.
Terima kasih daun keladi.
Banyak pahala menyediakan makanan untuk orang yg berpuasa.

HARI PERTAMA : KETAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan
- 250g ketam (dibersihkan)
- 7 biji cili hijau
- 1½ cawan santan kelapa yang di parut
- 1 keping asam gelugur
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu besar garam secukup rasa
- ½ sudu kecil perasa

Cara-cara memasak
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
2. Masak selama 5-7 minit.
3. Siap, angkat dan hidangkan.

HARI KEDUA : AYAM SOS LEMON MADU

Bahan-bahan
- dada ayam 500g (potong ikut suka)
- tepung serbaguna (secukupnya)
- telur sebiji (kacau)
- madu 4 sudu besar
- lemon 2 biji (ambil jus)

Cara-cara memasak
1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!

HARI KETIGA : PARI ASAM PEDAS

Bahan-bahan
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci kunyit
(Semua bahan hendaklah ditumbuk)
- 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
- ½ cawan air asam jawa
- 3 cawan air
- 250g ikan pari (dipotong kecil)
- 2 tangkai daun kesum
- sayur masin (jika suka)
- bendir
- 3 sudu minyak masak
- garam, gula dan sedikit lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab kecilkan api.
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.

HARI KEEMPAT : SOTONG SAMBAL TUMIS HALIA

Bahan-bahan
- sotong (direbus)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- bawang merah, bawang putih dan halia (dimesin)
- sedikit air asam jawa
- garam dan sedikit gula

Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimesin tadi sehingga wangi.
2. Masukkan cili dan tumiskan sehingga agak garing. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
3. Biarkan seketika dan masukkan sotong. Kacau sehingga sebati dan biarkan untuk beberapa minit lagi.

HARI KELIMA : SAMBAL CILI IKAN BILIS PETAI

Bahan-bahan
- ikan bilis 300g
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
- cili merah sebiji (ditumbuk)
- cili padi 20 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan garam, gaul sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!

HARI KEENAM : AYAM PAPRIK

Bahan-bahan
- 4 ketul ayam - dihiris kecil
- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
- 1 biji cili merah - dihiris serong
- 11 biji cili api - dipecah-pecahkan
- 2 helai daun limau purut - disiat-siat
- bunga kobis - dihiris kecil
- 2 biji putik jagung - dihiris serong
- 1/2 biji karot - dihiris serong
- 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu makan cili sos
- 2 sudu makan tomato sos
-1 sudu makan sos tiram
- garam
- 1 cawan air

Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
8.Tutup api dan hidangkan.

HARI KETUJUH : TOM YAM THAI

Bahan-bahan
- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
- 3 batang serai – diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 1 cm lengkuas
- lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
- 2 sudu besar sos tiram – optional
- 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara memasak
1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang

HARI KELAPAN : SAMBAL TUMIS DAGING

Bahan-bahan
- daging
- bawang putih, bawang kecil dan bawang besar (dihiris)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- air asam jawa
- sedikit gula dan garam

Cara-cara memasak
1. Tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kacau biar sebati.
3. Masukkan gula, kacau.
4. Masukkan daging dan air asam jawa. Kacau dan biarkan hingga agak garing.
5. Masukkan garam dan kacau. Dengan api yang kecil biarkan hingga sambal garing dan terbit minyak.

HARI KESEMBILAN : AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahan
- 500 gram ayam, potong kecil
- 4 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 cm halia, dihiris halus memanjang
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
- 1 biji cili merah, hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- minyak masak, untuk goreng ayam
- sedikit lada sulah atau lada hitam
- sedikit garam dan kunyit
- garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

HARI KESEPULUH : SUP IKAN MERAH

Bahan-bahan
- ikan merah
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sedikit halia
- kayu manis, bunga lawang dan pelaga
- lada hitam biji - tumbuk
- sup bunjut ikan Adabi

Cara-cara memasak
1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.
3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
4. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.

HARI KESEBELAS : SOTONG MASAK LEMAK PADANG

Bahan-bahan
- 1 kg sotong - cuci bersih dan potong
- 3 biji bawang besar - belah 4
- 2 biji tomato - belah 4
- 2 batang serai - di titik
- 3 biji ubi kentang - belah 4
- 3 camca minyak untuk menumis
- 500 ml santan
- air secukupnya
- garam secukup rasa

Bahan kisar
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inc kunyit hidup
- 2 inc halia
- 5 tangkai cili merah

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
3. Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
4. Kacau biar sebati
5. Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak.

HARI KEDUA BELAS : AYAM GORENG MADU

*Tips: kalau nak gantikan madu dengan gula pun boleh, sekiranya tak ada stok madu kat rumah.

Bahan-bahan
- ayam 8 ketul (direbus)
- bawang merah 5 biji (dikisar)
- bawang putih 6 ulas (dikisar)
- halia 1 inch (dikisar)
- kicap cair 1 sudu besar
- kicap pekat 1 sudu besar
- sos tiram 1 sudu besar
- madu 1 sudu besar
- minyak untuk menggoreng.

Cara-cara memasak
1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
2. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu, bersama ayam,
3. Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam.
4. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam
sudah separuh masak.
5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

HARI KETIGA BELAS : TELUR MATA GORENG BAWANG DAN CILI

Tips: Nak dapat telur mata yang gebu macam kat kedai tu, minyak kena banyak. Masa goreng telur, biarkan kuning telur sedikit cair.

Bahan-bahan
- telur 3 biji
- bawang besar sebiji (dihiris)
- cili padi 8 biji (belah 2)
- kicap secukupnya
- garam secukupnya
- minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan cili padi sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati.
3. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit kicap. Siap!

HARI KEEMPAT BELAS : MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

Bahan-bahan
- 1kg siput sedut
- 5 ulas bawang merah - kisar halus
- 3 ulas bawang putih - kisar halus
- 2 inci kunyit hidup - kisar halus
- 2 inci halia - kisar halus
- 15 tangkai cipi padi - kisar halus
- 2 batang serai - di titik
- 500ml santan

Cara-cara memasak
1. Siput sedut diberus hingga bersih.
2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
5. Masukkan santan, serai dan siput.
6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.

HARI KELIMA BELAS : SIAKAP STIM LIMAU NIPIS

Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
- 1 labu bawang merah/besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 5 biji cili padi
- 1 biji limau nipis ambil jusnye
- 1sdm sos tiram
- sepokok daun ketumbar
- setengah batang carrot
- semangkuk bunga kobis
- setengah biji Lada bengala
- garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap

HARI KEENAM BELAS :UDANG KICAP PEDAS

Bahan-bahan
- 400 gram udang
- 1 biji (kisar) bawang besar
- 2 biji (kisar) bawang putih
- 1/2 inci (kisar) halia
- 3 sudu (saya dah blend siap2) cili kering
- 1 biji cili merah
- 4 sudu kicap pekat
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu gula
- secukup rasa (jika perlu) garam
- 1/4 cawan air

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis - bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.

HARI KETUJUH BELAS : AYAM PERCIK BAKAR

Bahan-bahan
- ayam
- cili kering (suka pedas lebihkan)
- bawang kecik
- bawang putih
- halia
- lengkuas
(semua bahan-bahan diatas dikisar)

- serai (titik)
- 3 serangkai
- santan
- gula
- garam kasar
- asam keping

Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula.
2. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam dan bakar..
3. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
4. Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih.
5. Siap untuk dihidang.

HARI KELAPAN BELAS :  IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI

*Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.

Bahan-bahan
- ikan selar 8 ekor
- serbuk kunyit+sedikit garam
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- cili padi 15 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- minyak (untuk menggoreng+menumis)

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
5. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!

HARI KESEMBILAN BELAS :  DAGING MASAK BLACK PEPPER

*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.

Bahan-bahan
- 500g daging (bahagian batang pinang)
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili merah (potong kasar)
- bawang besar holland
- 2 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging.
4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

HARI KEDUA PULUH : SAMBAL TUMIS KERANG

Bahan-bahan
- 3-4 kg kerang - direbus dan ambil isinya
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar
- 2 biji bawang besar - ditumbuk/kisar
- 3 sudu(kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
- 2 biji bawang besar - dihiris
- 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) - kisar/tumbuk bersama bawang
- 1 sudu besar air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- sedikit air jika perlu.

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

HARI KEDUA PULUH SATU : UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN

Bahan-bahan
- 500 gm udang
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- minyak
- 3-5 sudu besar butter
- 6 ulas bawang putih - dicincang
- 15 biji cili padi - dihiris serong
- 4 tangkai daun kari
- 2 biji telur masin - direbus & hancur
- 2 sudu kecil gula
- 10 sudu besar susu cair/susu segar
- 1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
2. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
4. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
5. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

HARI KEDUA PULUH DUA : KARI AYAM NYONYA

Bahan-bahan
- ayam 1/2 ekor
- santan 1 bungkus kecil
- bawang merah 6 ulas
- bawang putih 4 ulas
- serai 3 batang hiris
- lengkuas 1 inci
- halia 1 inci
- kunyit hidup 1 inci
- buah keras 4 biji
- cili kering ikut pedas
- cili masak 2
- serbuk rempah daging 1 sudu besar

Cara-cara memasak
1. Blend semua bahan kecuali ayam dan rempah.
2. Seterusnya tumis dan masukkan rempah kari, daun kari.
3. Kacau sehingga wangi dan masukkan ayam, santan, kentang dan daun limau purut.
4. Siap untuk dihidangkan.

HARI KEDUA PULUH TIGA : SINGGANG SOTONG

Bahan-bahan
- 10-13 ekor sotong
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 2-3 biji cili hijau
- garam,gula dan pasti sedap knor secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Bersihkan sotong. Buang dakwat hitam dan isi perutnya. Masukkan dalam periuk.
2. Hiris bawang merah + putih dan ketuk serai. Masukkan semuanya dalam periuk sotong. Masukkan juga cili hijau.
3. Masukkan air. Jangan banyak sangat, agak-agak tenggelam sotong. Masak hingga menggelegak. Tambah garam, gula dan pasti sedap knorr secukup rasa.

HARI KEDUA PULUH EMPAT : SIAKAP 3 RASA

Bahan-bahannya

Untuk Ikan:
- 2 ekor ikan siakap
- tepung jagung untuk dilumur pada ikan
- serbuk Pasti Sedap Knoor
- minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:
- 2 biji bawang besar - dipotong dadu
- 6 biji bawang putih - dititik
- 10 biji cili padi - dipotong kecil
- 1 inci halia - dihiris halus
- 1 biji tomato - dipotong dadu
- 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
- kiub nanas - boleh beli yang siap ditinkan
- 4 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 batang serai - dititik
- beberapa helai daun limau purut
- daun sup/daun bawang untuk hiasan
- garam secukup rasa
- ajinomoto secukup rasa
- gula secukup rasa
- minyak untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

HARI KEDUA PULUH LIMA : SUP TELUR

Bahan-bahan
- 4 biji telur
- 2 biji kentang (potong kecil)
- 1 batang carrot (potong kecil)
- 1 pokok sawi minyak ata kailan (potong pendek)
- air secukupnya
- minyak
- garam

Bahan tumis (tumbuk kasar)
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 s/k lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bila dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan.

HARI KEDUA PULUH ENAM : DAGING GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan
- 250 g daging lembu (dipotong)
- 1 labu bawang besar (saiz kecil)
- 1/2 inci halia (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 sudu makan penuh serbuk kari
- 1 biji tomato (potong 6)
- daun bawang (dipotong)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil kicap manis
- sedikit garam dan serbuk kunyit
- sedikit minyak

Cara-cara memasak
1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk dikeringkan airnya.
2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.

HARI KEDUA PULUH TUJUH : TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan
- 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
- 1/2 biji bawang holland dicincang halus
- 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
- 1/2 batang daun saderi didadu kecil
- 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
- 1 biji cili merah
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
- secubit garam jika perlu
- minyak untuk menumis
- 2 biji telur ayam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.

HARI KEDUA PULUH LAPAN : IKAN PERCIK

Bahan-bahan
- ikan kembung/bawal
- santan pekat
- 5 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 1 keping asam keping
- kunyit
- garam
- gula

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam kemudian bakar dan asingkan
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia dengan santan.
3. Masakkan di dalam kuali/periuk
4. Masukkan serai yang diketuk dan asm keping
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Biarkan kuah percik yang dimasak benar-benar pekat.
7. Setelah masak curahkan ke atas ikan yang dibakar tadi.

HARI KEDUA PULUH SEMBILAN : GULAI DAGING KERISIK

Bahan-bahan
- 450gm daging | hiris nipis
- 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
- 1 labu bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang merah | tumbuk
- 2 ulas bawang putih | tumbuk
- 1/4cm halia | dipotong panjang
- air secukupnya
- 1/2 cawan santan pekat
- 2 sudu kerisik
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 kelopak bunga lawang
- 1 cm kulit kayu manis

Cara-cara memasak
1. Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga empuk.
2. Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan kentang.
3. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
4. Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
5. Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
6.Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.

HARI KETIGA PULUH : AYAM GORENG LEMON

Bahan-bahan
- 3 sudu minyak zaitun
- 6 ketul peha ayam
- garam & lada hitam
- 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 6 biji kentang (dihiris halus)
- 1 cawan air rebusan ayam
- ½ epal cider
- 2 sudu perahan lemon
- beberapa batang rosemery
- herba thyme

Bahan perhiasan
- ½ hirisan keju parmesan
- 6 – 10 hirisan lemon

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
5. Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
13. Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.

Friday, April 7, 2017

Servis kereta

Dah lama tak menulis di sawang ni.

Hari ni servis kereta di Tan Chong.  Yang paling best datang sini ialah... kakcik suka air hot chocalate cicah dengan biskut Luxury ni.

Lepas jemput kakcik dpd My Arts Studio tadi, terus singgah sini.  Sesuailah dgn kakcik yg haus lepas balik kelas... dapat minum air coklat.. tambahan kat luar tgh hujan lebat sekarang... lagilah nikmat dapat minum air panas...

Almaklum... sejak kakcik semput baru2 ni... dia tak minum ais & hanya order tehO suam atau milo suam aje...

Semoga kakcik cepat baik. Ameen.

Saturday, March 18, 2017

Buat Anak2 Mama & Ayah

Assalamualaikum.
Copy paste dpd grp wasap. Dh dpt 6 kali rasanya dpd group wasap berlainan.
Yg copy ni,  cik Ina share dlm grp Anak Cucu Haji Kamis.

Mama copy buat renungan anak2 bila terbaca blog Mama ni satu hari nanti.  Mama n Ayah doakan agar anak2 semua berjaya dlm hidup & ingatlah kpd kami bila dah dewasa nanti. Ameen.

Khas buat :
Along 17, Angah 15, Alang 12, Kakcik 9 & Abang Hafiy 6 tahun.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

*Hari ini dpt post drp 1 group..!*

cantik isi kandungannya..

*Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak2 kita, tapi tidak semua rumah anak2 adalah rumah ibu bapa..!*😰😰

*Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa*

*Makan apa sahaja...*

*Tengok siaran tv ikut suka...*

*Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...*

*Tapi...*

*Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....*

*Tak boleh masak sesuka hati...*

*Tak boleh makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....*

*Tak boleh buat apa sahaja ikut suka....*

*Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..*

*Begitu juga...*

*Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....*

*Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....!*

*Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.*

*Kalau rosak semua ibubapa tanggung..*

*Tapi...*

*Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....*

*Apatah lg dgn sesuka hati.*

*Takut rosak lah...*

*Takut kena langgar lah...*

*Takut calar lah.....*

*Kalau guna pun...*
*Pastikan minyak penuh semula.....*

*Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum pulangkan kpd anak- anak....*

*Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....*

*Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....*

*Tetapi anak-anak...*

*Belum tentu mengasihi ibubapa....*

*Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....*

*Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak, tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak bapak memerlukan...!*

*Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...*

*Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...*

*Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...*

*" Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti..." menjadi alasan...*

*Tetapi mereka tidak kesah ambil cuti bila kawan baik kawin..., bila ada majlis keramaian..!*😰😰

*Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..*

*Tetapi...*

*Anak- anak belum tentu boleh penuhi  hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...*

*Bila isteri bercerita dia tahu apa yg isteri mahukan...!*

*Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa....*

*Inilah diantara isi kandungan ceramah yg sgt terkesan dlm keadaan dunia di akhir zaman ini...!*😊😊

*Ya Allah, Mudah2an aku, isteriku & anak2ku tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua*
dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.
😔😔😔😔

Friday, March 17, 2017

Cara Hindari jin

Tidak pasti kesahihannya tp copy paste dari Wasap.
Mana yg baik, amalkan.

KHAS UNTUK PEREMPUAN

47 teknik hindar gangguan jin/syaitan laknatullah 🔥😈👹👺

1. Jgn sidai baju dlm bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai , kita yg kena.

2. Jgn biar baju di sidai di luar berembum. Biarkan di luar , esok basuh balik br jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dlm rumah. Ambik sblm maghrib.

3. Jgn biar nasi berterabur di lantai. Jin akan makan. Seolah2 menjemput masuk dlm umah, hbs makan malam bersihkan.

4. Jgn buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang2 yg terbuka.

5. Bykkn bersedekah utk hindar penyakit...termasuk penyakit hati, hasad dengki.

6. Berhenti seketika ketika perjalanan dlm waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, byk setan berkeliaran. Singgah kedai kopi atau masjid.

7. Jgn biarkan anak main luar umah waktu maghrib.

8. Jgn bercakap dlm tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dgn dia.

9. Jgn kencing berdiri. Jin / syaitan yg disambar petir yg cacat akan sihat semula bila kena air kencing org berdiri.

10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambik taik dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.

11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dgn sudu dan bc bismillah..kalau tutup penuh lg bagus. Setan akan berak kencing dlm makanan terbuka lama.

12. Jgn makan mknn yg terbuka lama.

13. Jgn tido kaki mngadap ke kiblat. Tido mengiring ke kanan, bdn muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tido kaki mengadap ke kiblat. Masuk melalui kaki.

14. Jgn gantung gambar bernyawa dlm rumah.

15. Jgn pamerkan patung kecuali mainan anak.

16. Gunakan jam tawaf di rumah. Utk dptkan aura tawaf. 1 kes, gantung jam tawaf dlm umah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.

17. Amalkan ayat Manzil.

18. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.

19. Basuh pad wanita sebelum buang dlm tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah.

20. Jgn makan/minum dgn tangan kiri.

21. Basuh pinggan makan slps makan malam.

22. Sediakan semburan air yg telah di ruqyahkan utk persiapan. Kalau apa2 spray je.

23. Solat jemaah dlm keluarga at least 3x seminggu.

24. . Masuk rumah bg salam, auzubillah, bismillah, masuk kaki kanan.

25. Jgn tido antara asar dan maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.

26. Peluk isteri suami setiap bgn pagi.

27. Peluk dan cium anak bila pergi sekolah.

28. Tiupkan al fatihah di ubun2 anak2 ms tido dan niatkan .

29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf ms nk masak nasi. Niat . Utk kebahgiaan.

30. Jgn makan organ dalaman binatang. Cth hati.

31. Letak ais pd pipi sekali sekala . Zon himunisasi.

32. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Utk keluarkan haba panas dlm badan dan kebaikan organ dalaman.

33. Mandi garam pg dan petang.

34. Pakai minyak kasturi kijang gold sebelum tidur 1 keluarga, jin tak suka wangi2an.

35. Digalakkan berhubungan dgn suami/isteri 3x seminggu.

36. Dilarang berhubungan dgn isteri/suami dlm tandas.

37. Amalan zikir asma ul husna.

38. Sedekah selepas subuh. Utk income byk, banyakkan bersedekah. Zakat dulu di awal bulan.

39. Makan kurma 1 hari 1 biji

40. Makan garam bukit setiap pg. Garam utk neutralkan asid dlm bdn.

41. Baca doa utk lembutkan hati suami isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.

42. Bc surah al falaq 11x sblm tido, 3 kali ayat qursi.

43. Bc bismillah 5,  3x sblm makan. Bismillahillazi...terlindung dr santau.

44. Selawat nabi 3x pd nabi sulaiman ketika nk ambik daun waktu malam.

45. Psg lampu ketika tggl rumah, jgn biar gelap.

46. Pagar rumah 3x sebulan. Pakai garam.

47. Segalanya serah pd Allah taala...
Tawakal pd dia...berdoa setiap pg waktu subuh.

#CoPyPasTe

Wednesday, March 15, 2017

Rawatan Stroke Baba Chong Melaka

Saya copy paste dpd wasap kwn2 di group Noxxa supaya mudah saya nk rujuk.

Ami pun pernah gi rawatan di sini dulu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

💥💥💥 Maklumat Kesihatan - Rawatan Stroke dan Jantung Sumbat (perlu pembedahan)

- Terkenal di Cheng, Melaka seorang Tabib nama Baba Chong merawat jantung sumbat dan stroke (angin ahmar). Khabarnya ramai yg berjaya tidak perlu pembedahan walau asalnya doktor decided kena buat pembedahan utk pasang belon.Insyaallah dgn izin Allah jua..Dia yang Maha Menyembuhkan..

Alamat rawatan:
Uncle Baba Chong
No 100,
Jalan Padang
Taman Tanjung Minyak Utama Melaka
(dekat Cheng)
No tel: 0166562092

Salah satu pesakit kata dia sumbat 2 saluran dan setelah 8 kali rawatan, doktor sahkan tak perlu pembedahan. Sekali rawatan anggaran RM20. Harga yg terlalu murah banding kos rawatan pembedahan dan lain2 kos.

ps: simpan utk kecemasan, sebarkan mungkin bermafaat pada yg memerlukan

Thursday, February 16, 2017

BM Noxxa PM Nosiah

K.Nosiah beli ni bayar cash. Untung harga masih sama RM919 utk member. Renew membership sekali. Due 19/9/2016, sepatutnya kena bayar RM31.80 je tapi disebabkan dh lewat 5 bulan, kena  bayar RM38.60 kot utk renew... ada denda sikit.

Yang penting k.nosi nk beli sbb BM dia brand lain dh rosak & anaknya nk buat roti kena uli manual dgn tangan. Mmg blh naik muscle... hehehe

Semoga anak k.nosi gigih meroti n baking dgn adanya Breadmaker Noxxa yang baru ni. Ameen.

Saturday, February 4, 2017

Silent treatment

What is silent treatment....?

Kuih Keria Gula Melaka

KUIH KERIA GULA MELAKA

Shared by Alang Suhainey wasap As.

1 kilo keledek.. kukus.
250 gm tepung gandum.
1 sudu teh double action baking powder.
1 sudu teh garam halus.
1 sudu besar butter.

1) Campurkn keledek, garam & butter.. gaul sebati.
2) Tambah tepung & uli hingga sebati.
3) Bentukkan kuih keria (sapu tangan dgn minyak sikit)
4) Goreng & sejukkan dulu.

SIRA GULA MELAKA
100 gm gula melaka, racik halus.
1 sudu teh gula putih.
1 ketul gula batu, tumbuk halus.
4 sudu besar air.

1) Campur semua bahan2.
2) Masak hingga likat & berbuih.
3) Masukkan keria, gaul sebati hingga kering, tutup api.

SELAMAT MENCUBA.

Thursday, February 2, 2017

Kakcik ambil neb

Assalamualaikum.

31 Jan 2017 landing dari Medan, Indonesia. Terus chckin di Adiff Palace Hotel Salak Tinggi.

Hari ni kakcik ambil neb lagi di Hosp Tangkak. 2 kali mrk isi oksigen sbb ada bunyi lg dlm pernafasan kakcik.

Hari ke 4 di Medan kakcik demam, batuk & selesema. Smg kakcik cepat sembuh.
Ameen.

Wednesday, January 25, 2017

Nombor telefon penting musim banjir segamat

Member share dlm wasap group.

Untuk warga segamat...
Kalau terperangkap dalam banjir atau perlukan bantuan...

Bomba Segamat 07-9314444
IPD Segamat 07-9321222
Hospital Segamat 07-9433333
Pertahanan Awam Segamat 07-932 1488

Saturday, January 21, 2017

Dugaan besar untuk syurga seorang Isteri

Kuliyyah Jumaat
Shared by Shahrinizam 200117 Wasap PPDP.

Post di sini sbg peringatan untuk diri sendiri.

Tajuk:
SYURGA SEORANG ISTERI
Dugaan paling besar adalah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja.
.
Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!
.
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa
.
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
.
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
.
Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.
.
Ya Allah.....
Jadikanlah isteri yang membàca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah
Aminnn.

#copypaste

Wednesday, January 18, 2017

Harga gajet handphone

Assalamualaikum.

Senang aje nak beli gajet handphone & komputer. Ramai yg buka booth dan jual di Speaker's Corner UiTM Segamat ni.
Beli sini, cepat, jimat kos transportation, harga pun berpatutan. Peniaga pun datang dari pelbagai tempat bukan terhad daerah Segamat aje.

Gajet yg saya beli ni.. peniaganya di Alam Sentral Shah Alam. Dia kata dah ramai sangat org jual barang2 gajet di S.alam.. jadi dia kena ke daerah lain.

Item yang saya beli ialah:
1. RM10 USB Cable high speed 1000mm
2  RM10 Travel Car charger 21A blh chrge 2 hp serentak
3. RM60 powerbank PENANG 10000mAh (blh charge 3x)
4. RM3 Mouse pad hitam aje.

Tuesday, January 17, 2017

Kuih kasui goyang dangdut

Sumber resipi : Jumiyah Parman
Dicuba : Intan Diana Sapri
Shared by: Alang wasap macam2 resepi

Resipi ni dee ikut kak  punya...tq kak share resipi...dee panjang2 kan lg ye resipinya kt sini.

Kasui goyang
1 1/2 cawan tpg gandum
1 1/3 cawan tpg ubi
5 cawan air
1 cawan gula merah yg hitam tu
1 cawan gula pasir(kak ju guna 1/2 cawan je)
1 sudu teh kapur ..bkn air kapur ya kapur dia
2 sudu makan kicap manis
Daun pandan
Kelapa parut
Masukkan air,gula pasir,gula merah dan daun pandan hingga gula hancur dan ketepikan biar sejuk(buang daun pandan)
Lepas tu blend semua bahan2 di atas termasuklah kapur dan kicap
Dah sebati tapis ..loyang sapu minyak dan kukus 30 minit
Selamat mencuba .

Friday, January 6, 2017

Hadiah My Arts Studio

12.30pm hari ni hari pertama kakcik ke kelas My Arts Studio utk tahun 2017. Mmm.. kelas mewarna di Segamat ni lebih banyak mengajar tentang kreativiti dgn pelbagai teknik mewarna berbanding Global Arts yg kakcik join sebelumnya yg lebih kpd teknik mewarna utk pertandingan. 

Sepanjang Disember 2016 kakcik tak ke kelas sebab cuti, selalu ke kampung & program lain.

Jadi, hari ni Teacher Lee (aka CJ) bg hadiah sempena X'mas 2016. Dapatlah kakcik alatulis sbg hadiah di tahun baru.

Thnx Teacher atas tunjuk ajar & banyak membantu kakcik & Alang (dh stop 2016 sbb byk tusyen Thn 5).

Wednesday, January 4, 2017

Mengaji 2017

Assalamualaikum.

Ini adalah post pertama utk tahun baru 2017. Dah lama tak menulis di blog ni.

Hari ni nak share, Kakcik & Abg Hafiy gi ngaji. Untuk thn baru ni Kakcik dah kena bawa quran sendiri. Jadi, pinjam quran Angah dulu sebab mama belum belikan quran utk Kakcik.  Macam yg lepas2 mama mesti akan belikan quran seorg satu quran, siap tulis nama sekali utk memori setiap anak2 dimulai dgn Along, Angah dan Alang.

Abg hafiy pun tahun ke 2 ngaji iqra.

Thn ni Nenek Zarifah yang ajar ngaji di umah belakang tu dah bekalkan borang untuk attendance. Perlu sign setiap kali dtg ngaji. Senang nk claim dgn JQAF nanti & lebih sistematik.

Mama & ayah doakan semoga Abg hafiy khatam iqra tahun ni & smg kakcik juga khatam quran tahun 2017 ni. Insyaallah. Ameen.