Saturday, March 18, 2017

Buat Anak2 Mama & Ayah

Assalamualaikum.
Copy paste dpd grp wasap. Dh dpt 6 kali rasanya dpd group wasap berlainan.
Yg copy ni,  cik Ina share dlm grp Anak Cucu Haji Kamis.

Mama copy buat renungan anak2 bila terbaca blog Mama ni satu hari nanti.  Mama n Ayah doakan agar anak2 semua berjaya dlm hidup & ingatlah kpd kami bila dah dewasa nanti. Ameen.

Khas buat :
Along 17, Angah 15, Alang 12, Kakcik 9 & Abang Hafiy 6 tahun.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

*Hari ini dpt post drp 1 group..!*

cantik isi kandungannya..

*Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak2 kita, tapi tidak semua rumah anak2 adalah rumah ibu bapa..!*😰😰

*Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa*

*Makan apa sahaja...*

*Tengok siaran tv ikut suka...*

*Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...*

*Tapi...*

*Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....*

*Tak boleh masak sesuka hati...*

*Tak boleh makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....*

*Tak boleh buat apa sahaja ikut suka....*

*Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..*

*Begitu juga...*

*Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....*

*Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....!*

*Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.*

*Kalau rosak semua ibubapa tanggung..*

*Tapi...*

*Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....*

*Apatah lg dgn sesuka hati.*

*Takut rosak lah...*

*Takut kena langgar lah...*

*Takut calar lah.....*

*Kalau guna pun...*
*Pastikan minyak penuh semula.....*

*Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum pulangkan kpd anak- anak....*

*Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....*

*Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....*

*Tetapi anak-anak...*

*Belum tentu mengasihi ibubapa....*

*Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....*

*Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak, tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak bapak memerlukan...!*

*Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...*

*Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...*

*Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...*

*" Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti..." menjadi alasan...*

*Tetapi mereka tidak kesah ambil cuti bila kawan baik kawin..., bila ada majlis keramaian..!*😰😰

*Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..*

*Tetapi...*

*Anak- anak belum tentu boleh penuhi  hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...*

*Bila isteri bercerita dia tahu apa yg isteri mahukan...!*

*Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa....*

*Inilah diantara isi kandungan ceramah yg sgt terkesan dlm keadaan dunia di akhir zaman ini...!*😊😊

*Ya Allah, Mudah2an aku, isteriku & anak2ku tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua*
dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.
😔😔😔😔

No comments: