Tuesday, October 4, 2016

Nasi Dagang PC Noxxa

RESEPI share dpd FB Aleeya Putri.
T.kasih ye...
Saya share di sini supaya senang nk cari.

Assalamualaikum..

Resepi Nasi Dagang Mak Kembang

Bahan2 Nasi
1) 7 cup beras Pusa Gold ( sy guna cawan polistrin)
2) 1 cup beras pulut
3) Air 8 cup ( cawan polistrin)
4) 1 kilo santan @ 1 ¹/2 kilo ( dicpur bersama garam n gula secukup rasa. Lemak masin2
5) 10 -15 ulas bawang merah ( dimayang halus)
6) halia n halba secukupnya ( halia dimayang)

Cara2
1) Basuh beras pusa gold n beras pulut kemudian toskan
2) masukkan beras bersama-sama air ke dalam periuk noxxa
3) Tekan H.P selama 7 minit
4) Dah bunyi n keluarkan wap dia. Sy bukak penutup nya dan kemudian masukkan bawang, halia yg dihiris halus serta halba. Tutup penutup dalam 3 minit.
5) angkat nasi yang telah dimasak dlm bekas yg lebih besar untuk di arung/ digaul bersama santan.
6) Gaul sampai sebati.

Ok dah siap nasi dagangnya.

Resepi Kuah Nasi Dagang

1) Ikan Aya/ tongkol yg di rebus( 0rg ganu kata kukus) kukus 2 @3 hari lg sedap. Kukus sekali bersama lengkuas asam keping bawang putih daun pandan n garam
2) cili boh n rempah gulai ( sy guna cili boh n rempah dayang suri dr ganu.
3) santan
4) 3 biji cengkih, 1 biji bunga lawang , sedilkit kulit kayu manis n  2 biji buah pelaga
5) bawang besar , merah n halia ( ikut citarasa)
6) cili api

Cara memasak
1) tumis bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang n kulit kayu manis bersama seulas bawang merah n putih yg dimayang sy masukkan juga sehelai daun pandan dlm tumisan tersebut

2) bila dah naik bau sy masukkan cili boh tunggu  sampai masak

3)  Dlm periuk yang lain sy masukkan bwang besar, bawang merah, bawang putih dan halia yang diblender. Masukkan bahan2 no 1&2 kedalam periuk yang sama. Kacau sampai sebati kemudian sy masukkan rempah gulai nasi dagang. Bila dah mendidih sy masukkan santan dan tunggu lg sehingga mendidih kemudian masukkan pula ikan tongkol tadi.  Sy masukkan sekali bahan2 dlm rebusan air td agar rasa kuah lebih sedap

4) garam , perasa n gula secukupnya

5) bila kuah dah mendidih lama baru sy masukkan cili api kemudian tutup api.

Sunday, October 2, 2016

Peringatan untuk Diri


Suka baca wasap yg Hafidi forward dalam group kami DBS A 92-95.
Post di blog ni sbg peringatan untuk diri sendiri di kemudian hari.

💠بسم الله الرحمن الرحيم💠
Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar

💠💠💠💠💠💠
Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya

💠💠💠💠💠💠
Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya

💠💠💠💠💠💠
Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya.

💠💠💠💠💠💠
Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku.

💠💠💠💠💠💠
Bilaa aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa memaafkan sesiapa shj yg berbuat jahat padanya.

💠💠💠💠💠💠
Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghinanya.

💠💠💠💠💠💠
Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT.

💠💠💠💠💠
Bila tiada siapa menyayangi aku, aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu.

💠💠💠💠💠💠
Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai & dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku!

💠💠💠💠💠💠
Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah

ﷺ💠💠💠💠💠
Selawat dan salam keatas baginda junjungan besar , contoh terbaik sepanjang zaman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya pada mu Ya Habiballah
Muhammad s.a.w
اللهم صل على محمد وآل محمد

💠💠q💠n💠s💠💠

# sungguh indah nukilan ini...
    Sebak bila membacanya...😢