Saturday, March 31, 2012

Janji


Hari ni balik rumah tok aji di Tangkak. Mulanya ayah nak balik awal jam 2 ptg tetapi memandangkan abg afi buat perangai sbb tak puas tidur... ayah tidurkan semula abg afi dlm buaian di bilik. Biar abg afi dpt lena kejap, barulah dia tak mengamuk sbb mengantuk.

Jam tiga lebih baru kita bertolak ke Tangkak. Singgah kedai jap beli pisang utk buat minum ptg favorite ayah iaitu pisang goreng. Sesampai aje, semua org terus capai pinggan n mkn nasi bersama2 tok senah. Almaklumlah dh 3 minggu kita x balik Tgkk. Cuma jumpa atok masa bercuti di Swiss Garden Kuantan minggu lepas. Dekat nak pukul 7 ptg baru tok aji blk dari kebun. Menanam keladi sampai 300 batang katanya. Fuuhh.. Cayalah atuk... masih kuat lagi nk menanam. Itulah atuk yg mmg tak boleh duduk diam. Mesti ada aje benda yg atuk nak buat. Org muda pun belum tentu larat berkebun mcm atuk. Patutlah atuk sentiasa nampak sihat dan bertenaga.

Lepas maghrib kami berborak2. Memandangkan tahun ni along akan ambil UPSR, ayah bgtau cik ina n mokcu utk nasihatkan along. Cik ina n mokcu ucap tahniah kpd along sbb jadi naib juara (pingat perak) dalam acara lontar peluru dlm IHTIFAL Balapan dan Padang SRAB 2012. Cik ina n mokcu pun nasihatkan along supaya tumpukan perhatian pd pelajaran dan tak memikirkan perkara2 lain yg blh meleka n melalaikan. Along tak boleh hanyut dgn kehendak naluri remaja sbb along sendiri blm matang utk membuat keputusan dan membezakan yg mana baik dan yg mana buruk.

Dalam kesedihan tu... Along berjanji utk belajar bersungguh2, menjaga akhlak n adab serta minta maaf atas sgl kesalahan along. Kami gembira dgn kata2 along tu serta berharap n berdoa semoga along dpt mengotakannya. Teruskan usaha utk mencapai cita2 along mendapat 5A dlm UPSR nanti. Siapa yg rajin berusaha insyaallah berjaya! Sesungguhnya kejayaan itu bkn utk ayah n mama semata2 tetapi utk diri along sendiri. Seandainya along tidak mdpt apa yg along inginkan... Ayah n mama tetap bersama2 along mberi semangat n kekuatan utk menempuh hari muka.

Uban ke


9.30am tadi hantar angah n alang ke drawing class Global Art Segamat.
10.30am pula along ada kelas Hikmah utk UPSR kat sekolah dia SRAB.
11.30am jemput angah n alang yg habis kelas.

Hampir jam 1.00pm waktu makan cendol n jemput2 di kedai cendol sebelah Nirwana.. Abg Afi buat perangai. menangis tak henti n x nak dipujuk. Mmg abg afi dah ngantuk sgt lah tu. Tambahan pula pagi tadi ayah dah bagi abg afi ubat batuk.. Lagilah... Abg afi ngantuk sangat... Ayah pulak pujuk abg afi sambil tukar turn dgn mama mkn cendol. Nampaknya ayah berjaya buat abg afi diam n bawa abg afi jalan2 kejap dlm Nirwana.

Bila dh diam ayah bg cendol sikit kat abg afi... Mmm... Bestnya. Patutlah abg afi mengamuk sakan. Mama, ayah, angah, alang n k.cik aje yg mkn... Abg afi pun nak makan cendol jugak kan.. Hehe.i

Dalam perjalanan nk jemput along 1.30pm, mama susukan abg afi yg dah ngantuk tu. Sambil susukan, mama suka usap n belek2 abg afi. Tiba2 mama ternampak sesuatu di kepala abg afi. Jeng jeng jeng... ada sehelai rambut putih berkilat mcm uban. Aik... Takkan baby2 lagi dh ada uban. Ini mesti rambut yg nakal nk dok kat kepala abg afi. Mama sayang nak cabut rambut tu. Tapi rasanya mesti kena cabut juga nanti. Jadi mama ambil foto uban utk kenangan. :-)

Saturday, March 24, 2012

Ihtifal 2012 SRAB


23/3/12 hari Jumaat jam 9am Along bertolak ke Kota Tinggi utk pertandingan Balapan dan Permainan Ihtifal 2012 Sek Ren Agama Bersepadu (SRAB) 2012. Pergi naik bas dgn kawan2 sekolah mesti best kan along...

Tahun lepas permainan along masuk bola jaring jadi Johan. Kali ni along masuk Lontar Peluru dpt naib johan mengalahkan 7 SRAB yg masuk (kecuali Mersing). Alhamdulillah. TAHNIAH!!! Along memang HEBAT bersukan. Mama n ayah bangga betul dgn pencapaian along. Teruskan mengumpul medal2 dlm koleksi along.

24hb jam 9 mlm waktu ambil di SRAB, along nampak letih sgt. Mkn di kedai pun along tak nak. Along kata kena cirit birit mkn ayam merah yg dibungkus masa tiba di Kota Tinggi tu... Mama selalu pesan, kalau nmpk lain mcm je mknn, bau atau berbuih jgn mkn. Mkn roti pun takpe la... sbb bila dah terkena sakit perut, bukan sehari blh hilang. Syukur along tak apa2 dan masih blh bersukan. Berehatlah dulu hingga esok.

Nampaknya sampai bulan ni aje lah latihan sukan setelah dua minggu along berlatih setiap hari. Lepas ni blh lah along tumpukan pada persiapan UPSR pula. Semoga pencapaian along dlm ko kurikulum dan pelajaran seimbang. Amiiin.

Friday, March 23, 2012

Demam


Assalamualaikum abang afi... 21/3/12 selepas ambil dari Taska Abid abg afi makan macam2. Ada biskut, roti, air milo dll. Lepas tu abg afi muntahkan semua. Melambak2 atas lantai. Bila balik mesti abg afi cari mama utk menyusu... Mcm biasa mama rasa seronok sgt setiap kali menyusukan. Sbb mama blh peluk, tepuk dan gosok2 badan abg afi. Abg afi pulak suka cubit, gosok n garu2 mama. Dah 14 bulan mama menyusukan abg afi dan mama akan teruskan sampai 2 tahun. Semoga Allah beri kekuatan kpd mama.

Jam 8pm 22hb bawa abg afi ke Klinik Mesra. Dr. Pengganti dari hosp kata xde apa2. Mcm biasa Dr. bg ubat demam, batuk n selsema. Mama tgk abg afi lemah, terbaring atas lantai porch kita. Itu yg mama bw terus ke klinik. Tbahan pula umi siti call kata ada 2 org lagi di taska yg muntah2 n cirit birit. Takut ada virus. Mama happy sbb lepas mkn ubat alhamdulillah abg afi dh aktif sikit. Mulut dh riuh mcm biasa.

Abg afi asyik merengek aje tak nak tidur mlm. Ayah pun dh puas enjut buai.. Sampai ngantuk2 abg afi x tidur lg. Akhirnya mama mandikan dgn air suam, tukar lampin n baju... Baru abg afi tidur.

Jam 9.15am 23hb mama call taska. Diorg kata abg afi x muntah n sedang tidur. Alhamdulillah.. Mama rasa lega... Mama doakan abg afi cepat2 baik ye. Boleh kita main sama2 lagi.

Thursday, March 22, 2012

Latihan Deklamasi Sajak


Hari ini jam 7.30am - 1.30am alang ada program Latihan Deklamasi Sajak di SJKC Bekok. Mmm... Cikgu2nya memang bersemangat sebab alang kata dia akan tengok pertandingan ini utk persediaan pertandingan tahun depan. Syabas cikgu2.


Alhamdulillah... Cikgu pilih alang utk kategori non chineese bg deklamasi sajak mandarin ni. Mama bangga dgn alang sbb alang terpilih dpd 8 pelajar melayu Thn 1. Harap alang dpt menjadi anak yg berani berhadapan dgn org ramai sptmn yg alang buat waktu bercerita mandarin ketika 6 thn di Tabika Seri Kaya dulu. Teruskan usaha alang utk menjadi pelajar yg berjaya dunia dan akhirat. Mama n ayah sentiasa menyokong dan memberi galakan.