Monday, October 26, 2009

Kolam renang

Hai... lebih kurang setahun setengah saya tidak menulis dlm blog. Kesibukan melanda hingga hampir terlupa password. Kelmarin bercuti di Astana Beach Resort PD sempena Hari Keluarga SMKG sekolah husband. Rasa mcm pernah tengok tmpt ni.... rupa2nya saya pernah bercuti di sini bersama-sama anak saudara Zura, Hafiz & Syuhada mungkin sekitar tahun 2001 ketika proses penggambaran video silat PSSGM bersama2 sahabat segelanggang Sallih (SK) & ahli2nya. Dulu namanya Sunshine Bay, baru diambil alih pada Mei 2009. Tidak byk yg berubah cuma bangunan tsbt kelihatan sedikit usang dimakan usia. Teringat saya di waktu tersebut pihak pengurusan melarang penggunaan t-shirt di kolam renang, tetapi ketika saya di sana semalam... semua peserta memakai t-shirt di dalam kolam renang... bila dah terlalu ramai agaknya sampai dah tak larat nak tegur, atau pun mungkin pengurusan baru ini memberi sedikit kelonggaran. Tentu sukar kpd wanita muslim utk berenang di tempat terbuka jika memakai 'swimming suit' walaupun skrg telah banyak pakaian renang berciri muslimah. Sepanjang percutian saya, hanya satu tmpt yg saya kunjungi (memaparkan notis) membenarkan wanita muslim menggunakan t-shirt di kolam renang iaitu di Gemas Golf Resort. Ya... kita perlukan perubahan dalam menggalakkan wanita muslim berenang utk lebih sihat.

No comments: