Tuesday, October 27, 2009

Demam exam

Saya lebih bersemangat apabila membaca blog rakan-rakan seperjuangan. Menambahkan minat saya utk kerap menulis di dalam blog sendiri. Apa yang penting, platform ini adalah sebagai tempat untuk meluahkan, berkongsi pengalaman di samping tempat penyimpanan segala jenis peristiwa sepanjang hidup. Ibarat diari, jika menulis di dalam diari hanya kita seorang yang tahu tetapi jika di dalam blog semua orang boleh memberi komen serta memberi pendapat. Seperkara lagi maklumat akan kekal bertahun-tahun dan boleh ditunjukkan kepada generasi, anak-anak kita yang akan datang.

Hari ini adalah Ulangtahun kelahiran rakan yang rapat suatu ketika dulu di Segamat (beliau kini sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD) Akmal Aini. Saya, Aini & Zana selalu bersama-sama ketika kami masih single lagi... Aini tetap 'maintain' hingga sekarang. Hanya ucapan melalui YM sahaja yang saya lakukan... jika tidak, tentu kami bertiga akan ke bandar Segamat untuk 'celebrate'. Saya sudah mempunyai empat anak, Zana pula dua. Harap Aini masih seperti dulu walau telah bergelar Dr Aini nanti.

Saya seperti ingin ke klinik dan memohon MC hari ini (demam, selsema & sakit tekak). Tapi bila mengenangkan ada tiga acara pada hari ini (VIVA, Farewell Ust Zaluddin, Bengkel Excel), saya gagahkan juga ke tempat kerja. Hanya makan ubat-ubat yang masih ber stok di rumah. Tak tahu kenapa setiap kali menjelang peperiksaan akhir saya akan demam atau selesema. Pelajar yang nak exam, saya pula yang demam. Biasanya setiap semester saya akan mengalami perkara yang sama. 'Husband' pun ada menegur "Asyik saya aje yang sakit". Sakit itu bukan kita yang minta. Biasa lah agaknya org perempuan ni selalu tak sihat... kadang2 sakit kepala, demam, selesema dll. Tapi mungkin juga bila sakit, sedikit sebanyak dosa-dosa kita akan gugur. Teringat pada kata-kata seorang rakan, "Kalau hidup kita sentiasa senang aje tanpa ujian, kita patut risau sebab ujian itu menunjukkan bhw Allah sayangkan kita. Bila ada ujian, kita sentiasa ingat padaNya. Bila kita ingat padaNya dia pun akan dekat pada kita". Wallahualam.

1 comment:

sasai said...

Selamat menulis.