Sunday, April 15, 2012

Pertandingan Mewarna Segamat




12.30 pm lagi kita dah mendaftar untuk pertandingan mewarna ni. Kita orang pertama mendaftar. Patutlah belum ada orang. Mula pertandingan jam 2 petang rupanya. Lepas daftar Along, Angah n Alang dengan bayaran RM15 seorang dan mendapat crayon 24, kita menghabiskan masa di Upwell segamat dan minum di gerai berhampiran.

1.15pm ambil tempat di dewan dah ramai orang. Kali ni along masuk pertandingan buat pertama kalinya. Kakcik yak masuk. Leceh sikit kali ni sebab mama kena uruskan semua termasuk jaga abg afi n kakcik sebab ayah mengiring pelajar smk gemereh ke kursus di plkn melaka.

2.20pm mama tinggalkan abg afi yg sedang tidur di stroller n kakcik yg sedang kusyuk mewarna globalart. Semua berjalan lancar. Alhamdulillah alang mendapat saguhati kategori A dan angah pun mendapat saguhati kategori B. Along tak dapat apa2 tapi pengalaman yang bagus untuk kali pertama. Macam tu lah rasanya berdebar2 setiap kali angah n alang masuk pertandingan.

NURAINA FIRZANA IDRIS Consolation prize A Category
NUR AINA ERYNNA IDRIS Consolation prize B Category
F&G service Colouring Contest at Dewan Choon Chew Chee, Kampung Abdullah Segamat on 15 April 2012.

Lain kali boleh masuk lagi. Berbaloi dapat 2 hadiah dpd 3 org yang masuk.

Saturday, April 14, 2012

Seminar Ke Arah Budaya Kesarjanaan


13/4/12 bersamaan hari Jumaat jam 2.30 - 4.30 pm maka bermulalah sesi perkongsian maklumat daripada tiga sahabat yang baru balik dpd PhD. Format seminar ialah seperti forum. Terdapat 3 perkara yang diajukan kpd setiap panel:
1. Identifying area of study
2. Title
3. Managing supervisor

Alhamdulillah sesi perkongsian ini memberi byk maklumat. Setiap panel tidak lokek menurunkan tips berdasarkan pengalaman masing2.

Terima kasih n TAHNIAH kepada sahabat2 ku Dr Akmal Aini Othman, Dr Farha Abd Gapor n Dr Noraizah.
Persoalannya: Bilakah Nur Taufik dan Hidayah PhD itu akan sampai kepada saya?
Inilah foto graduan phd UiTM Segamat tersebut. Dari kiri pn fatimah alwi (moderator), Dr Akmal Aini, Dr Farha n Dr Noraizah.

Hafiy 15 bulan


11 April 2012 genaplah umur abg afi setahun 3 bulan. Selama 15 bulan jugalah mama diberi kekuatan menyusukan abg afi sepanjang di rumah. Alhamdulillah syukur kpd kurniaan allah. Sekarang abg afi dah semakin lasak n aktif. Pantang grill terbuka je mesti abg afi nak keluar ke garaj. Mmm... Mama gembira sebab itu petanda anak yang sihat n bijak. Cuma sekarang ni abg afi memilih sikit untuk makan. Mcm tadi, mama suapkan nasi tapi abg afi geleng kepala tak nak makan. Agaknya abg afi nak ringankan badan untuk lebih aktif membesar. Tapi badan abg afi maintain.... tembam lagi.

Perkataan yang abg afi pandai sgt sebut ialah "nak". Kalau nampak orang makan... Naaak. Kalau abg afi cakap kat mama "nak". Mama dah tau itu tandanya abg afi nak menyusu. Mama happy setiap kali menyusukan abg afi walaupun ambil masa yg lama.

Semoga abg afi akan terus sihat, ceria n aktif. Ini foto senyuman abg afi yang comel.

Tuesday, April 10, 2012

Tips bagi anak makan ubat


Sebenarnya dah lama mama nak tulis tentang tips-tips ni tapi disebabkan kesuntukan masa dengan tugasan seharian, maka tertangguhlah hingga ke hari ini.

Kadang2 ada anak yang senang nak makan ubat dan ada juga yg susah sampai kena main kejar2. alhamdulilah anak2 mama setakat ni tak ada masalah untuk makan ubat.

Yang paling kerap makan ubat ialah kakcik. Kadang2 kesian tengok kakcik sebab umur sebulan lagi dah kena makan ubat sebab demam dan alahan kulit. Antara tips supaya anak senang makan ubat ialah:
1. Kalau anak kecik lagi, kena bg ubat sebelum makan. Sbb masa tu dia tengah lapar. Kalau dah kenyang, sure muntah lepas makan ubat.
2. Lepas masukkan ubat air dalam mulut anak, tiup hidung dia or picit sikit hidungnya supaya boleh telan ubat tu
3. Bila bagi ubat pil, pastikan guna bekas minuman yg ada muncung seperti botol mineral yang kecik tu, supaya bila mulutnya muncung nanti maka senanglah ubat tu masuk ke tekak.

Selamat mencuba panduan ni... dan yang penting lagi satu, jangan lupa bismillah n doa supaya anak disembuhkan daripada penyakit. Amin.

Solat hajat April



Jam 6 ptg hari ni hujan lebat sangat. Masa ambil along n angah dari sekolah, along kata malam ni ada solat hajat n yasin di sekolah. Hari ni kan Selasa, selalunya buat hari Khamis. Along kata hari Khamis tak dapat buat sebab ada tilawah quran.

Mama lebih suka kalau kali ni ayah yg pergi. Ya lah... Kan ust selalu kata yg lebih afdal solat berjemaah tu ialah org lelaki. Lagipun mama dah 2x ke program solat hajat ni. Sekali sekala bagilah ayah pula kumpul lebih pahala berjemaah.

Tapi nampaknya ayah suruh mama yg pergi, ayah jaga kak cik n abg afi di rumah. Nak buat mcmn, ikut aje lah... Kalau tak pergi nanti angah kena rotan lagi mcm bulan lepas sbb ibu bapa tak datang solat hajat. Along terlepas sbb dia pergi Kota Tinggi pertandingan Balapan n Acara Padang.

Mmm... Tak apa lah. Kali ni mama, along, angah n alang pun pergi sekali utk solat hajat. Semoga along dpt belajar dan faham apa yg cikgu ajar. Kemudian, boleh dpt keputusan yg baik dlm upsr. Anak2 pula semoga mendapat keputusan yg baik dlm pelajaran. Taat pada Allah. Ya Allah... Jadikanlah suami serta anak2 sebagai penyejuk hati. Itulah doa dan hajat yang mama titipkan. Semoga diperkenankan Allah. Amin.

Ini ada foto solat hajat dan yasin di sekolah SRAB sebagai kenangan.