Wednesday, January 25, 2017

Nombor telefon penting musim banjir segamat

Member share dlm wasap group.

Untuk warga segamat...
Kalau terperangkap dalam banjir atau perlukan bantuan...

Bomba Segamat 07-9314444
IPD Segamat 07-9321222
Hospital Segamat 07-9433333
Pertahanan Awam Segamat 07-932 1488

Saturday, January 21, 2017

Dugaan besar untuk syurga seorang Isteri

Kuliyyah Jumaat
Shared by Shahrinizam 200117 Wasap PPDP.

Post di sini sbg peringatan untuk diri sendiri.

Tajuk:
SYURGA SEORANG ISTERI
Dugaan paling besar adalah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja.
.
Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!
.
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa
.
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
.
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
.
Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.
.
Ya Allah.....
Jadikanlah isteri yang membàca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah
Aminnn.

#copypaste

Wednesday, January 18, 2017

Harga gajet handphone

Assalamualaikum.

Senang aje nak beli gajet handphone & komputer. Ramai yg buka booth dan jual di Speaker's Corner UiTM Segamat ni.
Beli sini, cepat, jimat kos transportation, harga pun berpatutan. Peniaga pun datang dari pelbagai tempat bukan terhad daerah Segamat aje.

Gajet yg saya beli ni.. peniaganya di Alam Sentral Shah Alam. Dia kata dah ramai sangat org jual barang2 gajet di S.alam.. jadi dia kena ke daerah lain.

Item yang saya beli ialah:
1. RM10 USB Cable high speed 1000mm
2  RM10 Travel Car charger 21A blh chrge 2 hp serentak
3. RM60 powerbank PENANG 10000mAh (blh charge 3x)
4. RM3 Mouse pad hitam aje.

Tuesday, January 17, 2017

Kuih kasui goyang dangdut

Sumber resipi : Jumiyah Parman
Dicuba : Intan Diana Sapri
Shared by: Alang wasap macam2 resepi

Resipi ni dee ikut kak  punya...tq kak share resipi...dee panjang2 kan lg ye resipinya kt sini.

Kasui goyang
1 1/2 cawan tpg gandum
1 1/3 cawan tpg ubi
5 cawan air
1 cawan gula merah yg hitam tu
1 cawan gula pasir(kak ju guna 1/2 cawan je)
1 sudu teh kapur ..bkn air kapur ya kapur dia
2 sudu makan kicap manis
Daun pandan
Kelapa parut
Masukkan air,gula pasir,gula merah dan daun pandan hingga gula hancur dan ketepikan biar sejuk(buang daun pandan)
Lepas tu blend semua bahan2 di atas termasuklah kapur dan kicap
Dah sebati tapis ..loyang sapu minyak dan kukus 30 minit
Selamat mencuba .

Friday, January 6, 2017

Hadiah My Arts Studio

12.30pm hari ni hari pertama kakcik ke kelas My Arts Studio utk tahun 2017. Mmm.. kelas mewarna di Segamat ni lebih banyak mengajar tentang kreativiti dgn pelbagai teknik mewarna berbanding Global Arts yg kakcik join sebelumnya yg lebih kpd teknik mewarna utk pertandingan. 

Sepanjang Disember 2016 kakcik tak ke kelas sebab cuti, selalu ke kampung & program lain.

Jadi, hari ni Teacher Lee (aka CJ) bg hadiah sempena X'mas 2016. Dapatlah kakcik alatulis sbg hadiah di tahun baru.

Thnx Teacher atas tunjuk ajar & banyak membantu kakcik & Alang (dh stop 2016 sbb byk tusyen Thn 5).

Wednesday, January 4, 2017

Mengaji 2017

Assalamualaikum.

Ini adalah post pertama utk tahun baru 2017. Dah lama tak menulis di blog ni.

Hari ni nak share, Kakcik & Abg Hafiy gi ngaji. Untuk thn baru ni Kakcik dah kena bawa quran sendiri. Jadi, pinjam quran Angah dulu sebab mama belum belikan quran utk Kakcik.  Macam yg lepas2 mama mesti akan belikan quran seorg satu quran, siap tulis nama sekali utk memori setiap anak2 dimulai dgn Along, Angah dan Alang.

Abg hafiy pun tahun ke 2 ngaji iqra.

Thn ni Nenek Zarifah yang ajar ngaji di umah belakang tu dah bekalkan borang untuk attendance. Perlu sign setiap kali dtg ngaji. Senang nk claim dgn JQAF nanti & lebih sistematik.

Mama & ayah doakan semoga Abg hafiy khatam iqra tahun ni & smg kakcik juga khatam quran tahun 2017 ni. Insyaallah. Ameen.