Wednesday, July 18, 2012

Motivasi pelajar MDAB pra diploma

Hai..... dah lama juga tak menulis sejak interface blog ni dah berwajah baru. Huru-hara jadinya... maklumla sebelum ni menulis dpd smartphone. Bila ditukar kpd format baru.... mmg jadi tak faham. Buat kerja di desktop ni lebih selesa... cuma tak boleh bersambil2 la sbb desktop tak boleh dibawa ke mana2. Kalau guna smartphone senang sikit... mana tidaknya, sambil menunggu anak dlm kereta atau kawan2 sempat buat satu post.  Internet boleh di akses "anywhere n everywhere". Semakin mudah dengan teknologi ni. Syukur dgn nikmat Allah.

Email dpd Lotus Note menyatakan "Dimaklumkan bahawa ibu Hjh Zaira Mohd Nor Pensyarah B.Inggeris telah kembali ke rahmatullah malam tadi dan akan dikebumikan di rumah beliau di Golf Heights Seremban sebelum suhur hari ini".

Baru minggu lepas kak Zaira berjumpa saya dan bercerita tentang kesukaran yang dihadapi mengajar bekas pelajar MDAB.  Memang saya nampak beliau sangat stress di waktu itu. Saya pun berkongsi pengalaman dengan beliau ketika saya mengajar kursus Motivasi selama satu semester untuk dua kumpulan pra diploma.  Saya mengatakan bahawa pelajar MDAB ini kadang2 perlu ditunjuk satu persatu krn kita tak boleh menganggap mereka berdikari sptmn pelajar Diploma yang lain.  Ada pelajar yang ok dan ada yang "slow learner". Ini memang menguji kesabaran dan keprihatinan kita. Harap makluman saya itu serba sedikit membantu beliau.

Kepada k.zaira, semoga tabah menghadapi ujian Allah dan alfatihah kepada ibu beliau.  Semoga di tempatkan dalam kalangan mereka yang terpilih. Amin...