Saturday, December 5, 2009

Piala Pertama Irdina

Irdina yang comel. Pertandingan Bayi Comel 21/6/2009 di Taska Al-Abid. Alhamdulillah, murah rezeki Irdi mendapat tempat pertama. Inilah PIALA PERTAMA yang dimenangi oleh Irdi ketika berumur 8 bulan. Nampaknya Irdi lah juara kerana berjaya memenangi pertandingan seawal usia 8 bulan berbanding kakak-kakaknya yang lain. Along pernah mendapat tempat kedua dalam pertandingan Bayi Comel di sebuah pasaraya di Tangkak ketika berumur 2 tahun lebih.

Tempat kedua Syarifah Zara Sofia 6 bulan , anak kak Wan Haslin. Mmm... semuanya hebat-hebat. Anak Zana, Camelia tidak dapat menyertai pertandingan kerana bercuti di J.B, kalau tidak, tentu lebih meriah. Apabila Irdi dewasa nanti, boleh la Mama tunjukkan piala dan foto kemenangan ini.