Monday, November 2, 2009

Takdirkah itu

Berita daripada seorg sahabat betul2 membuatkan saya berfikir panjang hingga membawa kepada penulisan di dalam blog ini. Dipendekkan cerita, beliau bertemu jodoh dgn seorg duda yang telah bercerai hidup (6 anak). Hasil perkongsian hidup perkahwinan ke dua ini, mereka juga dikurniakan 6 org anak. Pada sept 09 suami beliau berkahwin utk kali ketiga. Baru saya tahu bhw prosedur skrg tidak perlukan kebenaran isteri terdahulu. Saya tergamam & bertanya apa yg membuatkan beliau mengizinkan ia berlaku? Secara tersiratnya beliau menyatakan bahawa ini adalah antara doa beliau yang dimakbulkan Allah... Wanita yang dapat membimbing suami beliau ke jalan Allah. Walhal suami tersebut ingin menumpang senang isteri baru (balu 3 anak) yg mempunyai pekerjaan tetap di sektor kerajaan.
Ya tuhan... bagaimana ingin melayari hidup jika ada menyimpan niat yang menyimpang dari tujuan & hikmah sebenar berumahtangga???
Saya terkenang kpd rakan2 yg masih hidup 'sendiri'... berhati2lah kawanku supaya tidak berjumpa dgn manusia spt ini. Mohonlah petunjuk dpd yg maha Esa. Sesungguhnya dia yg lebih mengetahui.
Telefilem "Mabuk Estrogen" di astro ria baru2 ini, amat terkesan di hati saya. Itulah realiti kehidupan sebenar yang dipaparkan.